Social

Wednesday, October 24, 2012

Berbaloi Curiga Seorang Wanita

9:07:00 AM 2 Comments
rajin bangun pepagi buta semata-mata nak tengok drama kat astro oasis ni. pernah tengok citer 'Dilema Wanita' tak?


kebetulan untuk episod pagi tadi berkenaan curiga seorang isteri...

citernye gini..

si isteri ni berkahwin ngan sorang lelaki. lelaki ni memang sangat baikla...tapi disebabkan si isteri ni ade sejarah yang ayah dier ni xguna, pukul mak dier dan macam2 lagi, so dier judge lelaki ni same je. sikap curiga dier akhirnya memakan diri dier sendiri bila suami dier xbalik rumah disebabkan si isteri nampak suaminye kat restoran dengan seorang perempuan (sebenarnya client suami dier). nak dijadikan citer, memang gaduh besarla..

masa mula2 aku menonton aku agak xpuas hati jugakla dengan si isteri ni. yela...ape nak lagi...suami dier sangat baik kot. kasih sayang, harta benda..semua dier bagi...tu pun dier nak curiga kat suami dier.... tapi at last, aku kesian kat isteri dier sebab curiga dier memberi petunjuk bahawa there's something wrong somewhere. si isteri ni pegi rumah kawan baiknye.....tetiba keluar dari pintu tu suaminye yang sedang mendukung anak kecik.........demnnn, kawan sendiri kot....akhirnya dier tau kebenaran.

perasaan curiga ni memangla sangat xelok untuk sesuatu perhubungan sebab benda ni boleh menghancurkan hidup kita sendiri.....tapi kalau langsung xde perasaan tu pun susah jugak, ade je yang akan amik kesempatan. perlu ada jugak walaupun sikit perasaan ni....jangan lebey2!!

dan lagi 1............ wanita, instinct diorang memang kuat. itulah kelebihan wanita yang Allah bagi. selalunya ape yang terlintas dalam fikiran diorang mesti jadi. jadi, xsalah kalau dengar nasihat wanita sekali sekala untuk kebaikan...

#selalunye ape yang mak aku cakap mesti jadi. jadi, bila mak kata jangan buat....janganla buat...kalau buat jugak, adela kesulitan...

Friday, October 12, 2012

Elianto's Hand Cream

2:42:00 AM 5 Comments
Ladies!! korang pernah dengar produk kecantikan elianto x? kalau korang nak tau, kali ni elianto telah mengeluarkan satu produk terbaru iaitu Nutri Remedy Nourishing Hand Cream. seems like very interesting......aku pun salah seorang yang suka produk elianto sebab murah :)


untuk maklumat lebih lanjut pasal produk terbaru ni, korang bley KLIK SINI

rugi xbeli ooiii..

#yang lelaki, kalau nak pikat gelpren korang, belila satu untuk si dia :)

Thursday, October 11, 2012

Berkuatkuasa 1 November 2012

2:48:00 AM 2 Comments
berkuatkuasa 1 November tahun 2012, aku akan menjadi warga KL..muahahaha...nak rasa jadi orang key-ell plak....ceittt..!

alhamdulillah..dapat keje dah, rumah sewa pun dah setel. tunggu nak masuk je. so, nak raye sakanla.. :)
walaupun aku mintak jawatan lain dan diorang bagi jawatan lain, aku tetap bersyukur. huh, pasni lagi beratla tugas..xpe..xpe, akan kupikul tugas itu demi agama, bangsa, dan negara...cewahhhh....

position ni pun ok gak, segala jenis elaun dier bagi termasukla travel ( local / overseas )..tapi untuk urusan keje je la... nak keje rajin2 ;)

Friday, October 5, 2012

Menang Atau Kalah dalam Temuduga Kerja??

3:02:00 AM 1 Comments

haluuu..assalamualaikum....
kali ni aku nak kongsikan beberapa tips dalam temuduga untuk kerja especially untuk sape2 yang baru grad atau sedang mencari kerja. ni berdasarkan apa yang aku lalui la...tapi company swasta la..kalau 'gomen' tu maybe soalan yang ditanyakan berbeza sedikit...

ok, apa yang korang perlukan?
- resume yang telah diupdate
- offer letter
- pakaian yang bersesuaian (sila cari sendiri etika berpakaian untuk menghadiri temuduga)
- segala sijil korang dari zaman skolah sampaila dah masuk universiti (sijil skolah rendah / tadika bagi aku xperlu...diorang xtengok pun)
- keyakinan yang tinggi


apa yang korang patut buat semasa menghadiri temuduga?

- bagi salam (bagi yang beragama islam)
- ucapan selamat pagi (ikut waktu)
- kalau diminta untuk speak in english, redah je la cakap omputih walaupun tunggang langgang. kalau diorang benarkan cakap melayu, baru korang cakap melayu
- bila ditanya, 'tell me about youself'....jangan korang cerita plak segala hobi, cita2 bagai..itu SALAH....!! sepatutnya soalan sebegitu perlu dijawab dengan kekuatan yang ada pada diri korang..bukanla maksudnye korang kuat macam WWF tu, maksudnya korang ceritala penglibatan dalam aktiviti semasa korang belajar dulu, pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang korang mintak (itu satu bonus) dan apa sahaja pencapaian yang boleh dibanggakan. tapi ingat!!sila jangan cakap besar/bangga diri...nanti orang meluat!
- bagi korang yang pernah buat project untuk research/thesis...ceritakan...dan menjadi satu bonus bila project korang tu memang sangat2 berkaitan dengan service yang ditawarkan oleh company tu. bila korang cerita pasal project korang, secara xlangsung soalan yang diorang tanya xla lari ke benda lain (selamatla kan). sepanjang aku interview, xpernahla kena soalan2 yang xberkaitan dengan kerja tu, paling banyak aku kena soal pasal thesis aku...bestla nak jawab sebab benda tu kita buat sendiri, 100% la tau kan...confirm terjawabla soalan2..
- bila ada soalan dari diorang yang berbunyi 'any question??', silalah tanya..jangan diam seribu bahasa. dari situ diorang boleh nampak korang sebenarnya berminat ke x untuk dapatkan kerja tu
- JANGAN SESEKALI TANYA PASAL GAJI MELAINKAN DIORANG YANG TANYA KORANG!! dan ingat, korang2 yang fresh grad yang langsung xde experience, xpayahla demand gaji lebih2...bagi aku bila ditanya soal gaji, jawapan yang aku rasa proper walaupun propa "bagi saya, gaji tu menjadi soal yang kedua. apa yang penting, saya ingin dapatkan pengalaman dahulu supaya saya mahir dalam bidang tersebut"...jawapan nampak macam sangat membohong, tapi tolongla jangan tunjukkan sikap korang gilakan duit. secara logiknya xkanla diorang nak bagi gaji yang xmasuk akal kan..pandaila diorang nak letak brape banyak.
- bila ditanya kenapa diorang perlu hire korang, masa tu la korang nak jual diri korang bukan jual maruah ok! mungkin korang boleh cerita kelebihan/kecekapan korang dalam mengendalikan sesuatu yang diperlukan. tapi ingat, jangan berbohong. kalau xtau,cakap xtau.
- bersikaplah profesional.
- yakin..yakin..yakin..

BONUS!!!
- kalau korang study sket profil company tu sebelum temuduga.dan mungkin semasa interview, korang boleh tanya apa yang xjelas tentang company tersebut. kalau macam aku, aku suka tanya service yang company tu tawarkan..janganla tanya macam korang xtau langsung, tanya benda yang xjelas je...ceritala sket apa yang korang tau pasal company tu, nampakla yang korang ni memang sangat2 berminat.
- keputusan peperiksaan yang baik. tapi ingat, apa yang lebih penting, the way you speak confidently....


aku harap sedikit sebanyak dapat memberi gambaran macam mana temuduga tu dijalankan especially kepada sesapa yang xpernah pergi interview lagi. yakinlah pada diri. aku dulu pun, sebelum interview punyelah takut...tapi bila dah masuk bilik interview tu, xnak pulak berhenti bercakap. tambah kalau dapat penemuduga yang memang lebih kurang satu kepala...siap boleh gelak2 lagi (tapi still kene ada perasaan hormat kat diorang lagi)


once bila korang dah dipanggil untuk bekerja, jangan lupa gaji pertama belanja aku...hahaha....good luck!!

#tak sabar nak keje kat tempat orang kaya (solaris dutamas)....hahaha

tips yang aku jumpa kat internet...sangat2 berguna!!!