lama bebenor rasanya tak menaip dalam belog ni...asik menaip buat koje kat pejabat je.idak sempat nak menguruskan belog...haiyooo
kali ni aku terpanggil nak buat entri ni memandangkan aku tengah arange untuk ke suatu tempat (akan diberitahu kelak)
(kisah ni berdasarkan pengalaman aku)
kisahnya bermula bila air asia buat promo..biasalah, bila air asia buat promo, ramaila tak boleh tido malam memikirkan nak ke mana, bajet berapa dan sebagainya...termasuk jugakla aku. disebabkan dah berkahwin, lagi panjangla pikiornye memandangkan semua kos perlu didarabkan dengan dua.
lepastu terjumpala satu destinasi ni yang mana harga promonya kurang dari RM100.apa lagi, lompat bintangla aku...dahla tempat tu termasuk dalam bucketlist aku. masa tu dah tak kira dah duit simpanan aku, beli guna duit simpanan tu la...nanti aku gantila balik,janji kali ni tak boleh terlepas dengan harga tu...bukan senang wooo nak dapat harga tu...asal aku check je mesti hampir 1k sorang return, padahal dekat je..haiss
nak dijadikan cerita, ramaila yang cakap...wow, nak ikut..nak ikut....aku dengan rendah diri sangat bergembira bila ada yang nak join.bukan apa, bolehla jimat nau2..makin ramai, makin jimat. tapi dalam nak ikut tu, kejap nak, kejap taknak...aku dok tunggula untuk book tix. risau jugakla harga tiba2 naik.boleh dikatakan hampir setiap jam aku check..harga pun kejap naik,kejap turun....so aku give up nak tunggu mereka2. aku book untuk aku & encik suami dulu.taknak tunggu dah, risau harga naik balik. elok je lepas aku book, harga naik mencanak...nasib baik sempat book..huh
diorang still lagi kejap nak pegi,kejap taknak...stress wehhh!! so aku abaikan, malas!...dan akhirnya memang diorang tak jadi pegi (seperti yg aku jangka).
nasib baikla aku tak book siap2...kalau tak,satu benda lagi menyusahkan.....and nasib baik jugakla baru peringkat pre-planning...kalau tak, mau aku amuk satu Penang ni haaa...hahaha
gambar sekadar hiasan
sebelum ni pun penah jadi macam ni, benda ni biasa bagi orang yang selalu travel secara berkumpulan......biasala, bukan satu kepala je ada...masing2 nak ikut cara masing2. cuma aku nak nasihatkan manusia2 jenis macam ni, jangan menyusahkan kawan2 yang lain. benda bukan nak pegi Penang-KL...luar dari malaysia ni,kena ada perancangan yang rapi.tiba2 kau buat spoil..memang lain kali kau kena tinggal la...orang tak ajak dah.
so, kesimpulan..aku lebih selesa travel dengan husband aku.senang..tak banyak kerenah..nak planning pun senang..nak pegi mana2 pun senang.tak perlu nak fikir, "eh, dia ok ke?", "eh,dia selesa ke?".... nak join travel dengan orang lain, sila jangan banyak kerenah baru orang pun senang nak travel dengan kita.
sekian
sebab tu aku dah resign jadi trip organizer