Social

Sunday, September 23, 2012

National Zoological Park, Kuala Lumpur

Zoo Negara Malaysia adalah zoo nasional yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysiayang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman. Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.
Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Malaysian Zoological Society yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertamaMalaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamaliaburungreptiliaamfibia dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya. 

sumber: wikipedia

 "comey x saye??pose terbaik dari saye......"

"sayelah model ubat nyamuk fumakilla :)"

 "terbang mencari mangsa..."

"bahaya...."

"saye juga sedang mencari sesuatu di situ...."

"selamanya harimau malaya......malayan tiger"

"cakkk!!oppsss...saye xsedia nak bergambar lagi"

"....dan sayelah makhluk paling tinggi di sini"

seperti biasa....bahan bukti ke zoo negara

dan juga bukti yang hobi aku memang ske pegi zoo sejak dari kecik lagi...tiap2 minggu plak tu..yela, mase tu rumah dekat je ngan zoo negara dan itu je hiburan yang sesuai untuk aku....tapi tempat permainan ni dah xde...semuanya dah berubah..yelah, 22 tahun yang dulu....dulu pegi ngan abah, sekarang pegi ngan abang ;)

1 comment:

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)