Social

Monday, February 11, 2019

Travelogue : Jejak Jepun (Part 1)

assalamualaikum...alohaaa...
jap..jap...nak bersihkan sawang2 yang ada ni....


salam 2019 😂

weh, dah nak setahun dah trip ni weh...baru dapat cerita kat sini. kalau kat ig lajula...jangan lupa follow ig @iamyuss ya!

dah lama tak menulis, macam dah hilang dah bakat...adehh...

cerita dah setahun ni, korang nak baca lagi ke?

baca, tak baca...aku tetap tulis!heheh!

tahun lepas bulan 3 aku & husband berangkat ke Osaka where the place i wish to visit. perasaan tu jangan cakapla betapa terujanya..rasa nak lompat bintang dalam flight. eh!

punya tak sabar sampai setahun preparation. sanggup research itinerary, datang KL semata-mata nak dapatkan consultation & beli pass..haihh..penat & habis duit..tapi tersangat berbaloi.

trip kali ni roughly, RM9K jugakla habis untuk 2 orang termasuk semua sekali...mahal?agakla..no hidden cost, ada sesetengah orang suka cerita travel sana-sini dengan harga tak masuk akal, padahal banyak cost yang dia tak masukkan. so aku bagitau awal2 pergi Jepun, perbelanjaan agak tinggi untuk mendapat kepuasan semakimum mungkin. nak jimat  sampai sanggup bawak makanan dari Malaysia, silakan. lain orang, lain cara travel. aku & husband suka cara santai, takdela bajet2 sangat, takde jugakla have2....belanja setakat mampu. 

ops, sebelum tu aku nak bagitau..kitorang pergi tak pakai tourguide. main redah je. makanan, ada jugakla bawak dari sini tapi tak banyakla. in case terasa nak makan nasi cap malaysia, beli instant je..sampai sana kasi masuk dalam microwave.tapi untuk korang yang tengah plan nak ke sana, jangan risau..banyak je restoran halal kat sana..


5-6 bulan sebelum sanggup datang KL untuk usha2 Matta Fair.kot2 la ada tawaran menarik.
sebulan sebelum baru dapat peluang beli all the passes utnuk guna kat sana nanti. kalau korang nak tahu, passes ni menjimatkan perjalanan korang kat sana. tapi kitorang redah je semua public transport, naik teksi semua...nak merasa punya pasal....wehhh..dia punya teksi, pintu auto wooo....tak perlu nak tarik2 dah..kau masuk teksi, duduk je!


siap buat itinerary haa...tapi takdela ikut sangat...macam aku cakap tadi...santai bosskur.

so hari kejadian, dari Penang ke KLIA2 (kitorang naik belon bajet je..promo -/+RM600 sorang return). singgah ioi mall Puchong untuk tukar duit. untuk pengetahuan korang, ada 1 currency exchange kat dalam mall tu yang mana rate dia agak murah & berbaloi untuk tukar. teruskan perjalanan ke stesen ERL Salak Tinggi untuk parking kereta & naik train je ke airport (airport parking mahal namatey!) 



pukul 2 pagi berlepas dari KLIA2. dalam pukul 9 pagi macam tu sampai dah


tau tak sebab apa aku amik flight pagi?sebab aku nak tengok sunrise dari dalam flight. rasa kecik je diri ni tengok kebesaran Allah


breakfast pun dalam flight je...dah sampai nanti tak gaduh lapar....tapi laki aku sentiasa lapar. lol!

ok, next post aku cerita kat sana pulak..

....... to be continue

No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)