Day 3....sambungan daripada entri sebelum ni
macam biasa, sahur kat hotel, ala kadar je.kemana kita harini?hmm..jom..jom..check-out hotel, harini hari terakhir kat Bukittinggi, kitorang akan ke Padang pulak. tapi dalam perjalanan wajibla menyinggah kan....heheh
1. Air Terjun Lembah Harau
harini kitorang ke air terjun lembah harau. kat mana air terjun ni? "payakumbuh where're you at??"haa...kat payakumbuh la...air terjun ni terletak kat Payakumbuh.ketinggian air terjun ni mencapai 100-150 meter. kalau ikutkan, nak je kitorang terjun dalam air tu.geram tengok air dia yang hijau tu..cantik....dah puas layan air terjun, kitorang gerak ke tempat seterusnya.
on our way to Kota Payakumbuh....Payakumbuh where you at??!!
yeahhh!!udah sampeii!!
Landmark yang kau dah semakin hampir dengan air terjun Lembah Harau
2. Kilang Kopi Kiniko
kilang ni antara kilang kopi yang pemes kat jajahan ni.kitorang sampai kat kilang ni masa tu dah nak masuk waktu solat jumaat. so, husband aku & Dian pergi solat jumaat..aku pulak tunggu kat kilang tu...kat kilang kopi pun boleh rambang mata nak shopping...haiihh...macam2 jenis kopi ada kat sini. pisang salai pun ada. actually, kilang ni ada menyediakan kopi & pisang salai free...sambil minum & makan blehla hirup udara segar kat sana. tapi aku puasa..tak dapatla merasa...huwarrghhh...dah abes jalan2 kat kilang ni, kitorang meneruskan perjalanan lagi....
dalam perjalanan kat sana, korang akan dapat tengok pemandangan2 yang cantik....tambah kalau kena dengan musim dia
ni lah kilangnya....
3. Istano Basa Pagaruyung
Dian stop kat Istana Basa Pagaruyung. ni pun salah satu tarikan kat Padang ni. istana ni terletak kat kota Batusangkar dalam daerah Tanah Datar. istana ni sebenarnya replika je. yang asal terletak kat area situ jugak, atas bukit...tapi dah terbakar pada tahun 1804. tapi didirikan semula, namun terbakar kembali pada tahun 1966. pada tahun 1970-an didirikan semula di tapak yang sekarang. tahun 2007, istana ni terbakar lagi akibat dipanah petir. hanya 15% je barang2 dalam istana tu selamat. lepastu didirikan semula...yang sekarang ni...lepas abes melawat istana ni, perjalanan diteruskan lagi.
4. Padang Town
yeahh, dah sampai Padang town. pusing2 town.jammed dia jangan cakapla...kalah KL oh..nasib baikla Dian ni orang sana, dia taula selok belok jalan kat sana. aku yang tak drive pun rasa stress. tak taula dia yang drive.
5. Hotel Rangkayo Basa
dah puas pusing2 town terus checkin hotel Rangkayo Basa.3 star hotel, tapi nampak macam 5 star je...puas hati. macam hotel sebelum ni, ada al-quran, sejadah... tapi suasana dia lebih exclusive.harga pun sangat2 berpatutan. recommended!!
6. Pasar Pembukuan
lepas checkin, solat jap.pastu keluar balik cari juadah bukak puasa. kali ni kitorang dah terlewat. masa sampai dah tak banyak juadah. so kitorang beli nasi kapau & air tebu (air tebu dia sedap!)...bukak puasa pun dalam kereta je.sadis~
balik hotel, solat..siap2 nak keluar balik..
7. Night Walk @ Padang Town
objektif keluar ni kononnya nak shopping souvenir.tapi tak tercapai..lolz~
ada mall berdekatan dengan hotel tu, kitorang ke sana...tapi dah nama mall kan...mana ada jual souvenir2 ni....last2 singgah kfc, makan lagi...
lepastu, kitorang jalan2 lagi..mengharapkan adala gerai2 tepi jalan tu.memandangkan Padang ni tepi laut, so kitorang jalanla sepanjang tepi laut tu...tapi hampa.yang jumpa, gerai makanan, gerai jual2 slipor...singgah beli ayaq la..makanan la...dalam hampa2, perut kenyang..haiss
to be continue on part 4...
“A journey is best measured in friends, rather than miles.” – Tim Cahill
No comments:
Post a Comment
Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)