Social

Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

Kisah #lakibini (laki pun gemuk jugak)

10:59:00 AM 0 Comments
semalam balik dari kerja, terus makan sebab pagi sebelum kerja dah siap masak..kot2 laki balik kerja nak makan. so balik rumah tengok ada lebih...malam, dua- dua tak makan sebab dah kekenyangan...

disebabkan kat rumah takde hiburan seperti tv, so tempat melepak kitorang kat dalam bilik je la....

sambil2 baring main clash of clans, laki tanya lepas dia tengok peha dia ada garisan2...

"sayang, ni garisan2 ni..apa dia?"

cepat je aku jawab,

"tula selulit....haaaa...tula, cakap orang gemuk....dia pun gemuk tak sedar"

"mana ada gemuk...weekkkk"



mengata orang, paku serpih..mengata orang, dia yang lebih!

kesimpulan : lemak membiak dengan jayanya bersama kami...kuikuikui

Monday, November 24, 2014

Kisah #lakibini (bini gemuk)

9:03:00 AM 0 Comments
sebenarnya dari baru-baru kawen lagi aku dah perasan berat badan dah start naik...kalau sebelum kawen maintain je 50-53kg...sekarang...pehh..lemak membiak dengan jayanya..

ada satu malam, laki aku tegur...

"dah gemuk...kurusla sket"

pastu aku cuba mencari produk2 yang boleh menguruskan nih....disamping pegi jogging (itupun kadang2 pegi kalau rasa rajin dengan kawan opis)

jumpala satu produk ni...ala2 losyen mustajab gitu....

then masa aku mintak tolong dia sapukan....dia gelak!!!

"awak beli utk kuruskan badan???' sambil gelak terbahak-bahak

sentap ok!!!

dia yang cakap aku gemuk,pastu dia gelak plak aku nak kurus...grrrr

Friday, November 21, 2014

Kisah #lakibini (makan luar)

9:00:00 PM 0 Comments
suatu petang, kami naik motor...nak pegi kedai motor, tukar tayar.....dekat depan kedai motor tu ada gerai jual satay baru berkemas-kemas nak bukak

aku pun cakap,

"eh, kedai satay tu baru nak bukak" , memandangkan kitorang pernah pegi situ

laki aku buat cubaan nak troll lagi,

"eleh, nak makan satay le tu"

"mana ada, orang tak cakap pun....so malam ni nak makan apa?mee goreng boleh?mee ada kat rumah"

lepastu laki aku jawab,

"hmm...kita makan satay lah...esok baru masak"

see....sape yang nak makan satay sebenarnya??pantang ada duit lebih... :P

Kisah #lakibini (makan)

12:30:00 PM 2 Comments
macam biasa, aku balik keje pukul 6 petang, suami dah ada kat rumah

"sayang, malam ni awak nak makan apa?kita masakkan"

laki aku jawab,

"entah"

aku tanya plak,

"awak lapar tak?"

dia jawab,

"entah, awak lapar ke?"

aku jawab,

"lapar ni...awak nak makan apa?"

dia jawab balik,

"entah, apa-apa je"

arghhhhhhh!!! boleh tak jangan bagi jawapan 'entah ' & 'apa-apa je'???  cer specific kan!!!adoiiilaaa....


nota kaki :  jangan heran dengan panggilan 'kita, awak' ....kitorang memang biasa panggilan tu ;)

Thursday, November 20, 2014

Kisah #lakibini (bini membebel)

9:00:00 PM 2 Comments
" rajinnya isteri kita"

"amboi, perlila tu..."

laki aku gelak lepas aku cakap macam tu

"sayang, kemasla rumah...bersepah dah ni"

aku, sambil pandang & menggenggam tangan rasa nak bagi penumbuk

"amboi, ingat kita ni duduk rumah..duduk saje?kita kemas rumah, tak sampai 24 jam bersepah balik....buat kerja, kertas tu sepah...letak sana-sini, cubalah letak setempat"

"mana ada"

"tak mengaku lagi??" sambil tarik telinga laki

"adoiii"

haaa...menyesal tak troll bini??kan dah kena bebel + piat telinga....lain kali nak buat tak?

Kisah #lakibini (bergaduh, merajuk)

10:29:00 AM 1 Comments
assalamualaikum....selamat pagi

dah hampir 6 bulan rupanya aku berkahwin dengan #budakjahat ni.... alhamdulillah, setakat ni ok la...bahagia...gaduh sikit2 tu biasala....mana ada #lakibini yang tak pernah gaduh langsung kan...

tapi bagi kami, kebiasaannya kalau kitorang gaduh, dia yang akan pujuk aku dulu...tak kisahla kalau salah aku pun, mesti dia yang pujuk dulu...dia buat manja2 dia.... "sayang, kita lapar..." , mana ada isteri yang sanggup dengar suami cakap macam tu.... hati tengah panas time tu pun, tiba2 boleh jadi sejuk...tapi lepas masak, sambung merajuk balik....hahahaha...

suami aku ni, kalau aku merajuk, dia suka peluk...sebab tu aku suka merajuk selalu...heee

sayang, mintak maaf ea kalau kadang2 mungkin agak keterlaluan & berlebihan mengamuk & merajuk. tak boleh kawal emosi kalau sampai tarikhnya :)

only you understands me! 

Wednesday, November 19, 2014

Ada Apa Dengan Taiping, Perak?

2:59:00 PM 3 Comments
lamanya tak update belog...baru 2 entry bulan ni?biar betul??!!!adoiyaiii..

actually, iolls busy yang maha hebat sebenarnya bulan ni.... ni pun dah berapa lama tulis tajuk, harini baru dapat mengarang entry. tarikh aku travel pun lupa dah...

kalau xsilap aku, aku pegi Taiping 6 haribulan haritu...hadoiii..lost memory....

sebenarnya aku pegi sana bukanla saje2 nak honeymoon...tapi dah alang2 kat sana kan....paham-paham je la...

akak aku masuk hospital minggu sebelum tu...ada buat pembedahan kecil. Alhamdulillah...selamat semuanya..disebabkan minggu sebelum tu aku xdapat nak balik, so 6hb baru aku dapat jenguk akak kesayangan aku ni....

so, hari sabtu baru aku gerak ke Taiping sebab en.somi aku keje pagi sabtu tu....singgah kat kampung jap amik abah aku then bawak terus ke Taiping....malam tu kitorang berkampungla kat rumah akak aku kat Taiping...

malam tu dah kemain ligat kepala otak ni dok fikir esoknya nak pegi mana....

konon2 pagi tu nak berjalanla...last2....hmm...hampehhhsss.... pakat dok tido belaka, tengahari baru keluar lunch then terus pegi berjalan sekitar Taiping. yang akak aku pun...xpadan dengan sakit, nak berjalan jugak....boring duduk rumah katanya..haha

akak aku teringin nak pegi galeri kraf kat penjara Taiping tu...sampai2 tengok galeri tu tutup...hampa...so, tempat paling dekat muzium Taiping la...

mengimbau kenangan betul....kalau xsilap aku, last aku pegi muzium ni masa aku tadika dulu....lebih dah 20tahun....adehhh... masuk2 je muzium, aku tengok sama je macam dulu2...xbanyak yang berubah....aku ingat lagi dulu masa aku pegi ada replika tulang gajah sebesar dinosor...oh, ada lagi mehhhh!


Wednesday, November 5, 2014

Berhari Minggu di Escape Room e@Curve

12:45:00 PM 2 Comments
weekend lepas kitorang pegi escape room kat e@curve damansara..alaa..yang depan ikea tu..hehe..kali ni kitorang buat bertiga je aktiviti ni...tak taula kenapa yang lain-lain taknak join...mungkin sebab benda ni memerlukan kemahiran berfikir logik..argh, lantak pi la depa takmau join...kami tak kisah...jangan kata menyesal tak ikut sudah..haha

actually, aku dah pernah dengar sebelum ni pasal escape room...tapi aku xtau ape mende escape room tu...so dalam minggu lepas jugakla aku google mende ni..so nampak interesting...dengan selamber book tiket and ambil challange antara yang susah jugakla..haha...ambikkkk...konon difficulty yg paling senang xmencabar....sekali amik yang susah, sampai duduk bersila dok fikir macam mana nak escape dari bilik tu...

kami dah pergi..korang bila plak???

actually game ni macam ni...cabaran dalam 45 minit untuk keluar dari bilik tu...tapi dalam bilik tu akan ada clues untuk unlock pintu untuk keluar.bapakkk susah...haha..

korang boleh refer sini http://www.escaperoom.international/


ni sinopsis dia

Monday, October 20, 2014

Broga Again.....

12:31:00 PM 0 Comments
yeayyy!!!againnn!! serius kali ni sangat interesting?

sebab??

sebab kali ni memang depan mata dapat tengok matahari terbit. sebelum ni pergi, matahari terbit, kitorang kat foothill lagi....

kali ni, lepas solat subuh dalam pukul 6 aku dengan en.somi gerak ke atas... actually, yang ni aktiviti team office aku... tapi disebabkan aku dah sampai lewat + solat dulu..so, kali ni naik duo je la....yang lain, kul 6 dah ada kat atas

stress aku dok mengejar diorang, laju kot....mentang2la dah biasa naik Mt. K (Kinabalu). fyi, diorang sume orang sabah....kecuali 2-3orang memang origin dari semenanjung...mau tak laju, bagi diorang naik broga ni macam kunyah chewing gum sambil naik marry go round!yang orang semenanjung ni, tah berapa kali berenti...tercungap-cungap..

sampai atas barula jumpa geng2 ni haa...amik sekeping dua gambar, tengok matahari..then, balik....

so, nak turun..aku champion dari diorang..hahaha...aku ngan en.somi siap main lumba lari sape sampai bawah dulu. well, kasut grip tahap dewa maharaja cina padahal tercabar tengok bebudak lain pakai selipar & seluar jeans je bleh lepak naik turun broga. tak sampai setengah jam sampai bawah..yeahh!!!

ok, entri tak panjang kali ni....layan gambar je


bila apek ajak berselfie


at the top of the hill, tertembung dengan diorang


sunrise yaww!!!


dah puas tengok sunrise, turunler....



sebelum balik, bergambar puas2...diorang singgah makan...aku xpegi....dah aku sorang je melayu Islammnye....faham kan.... :)


eh, lupa...gambar dengan en.somi yang sangat sweet :D


first time ni dia yang ajak selfie...haha

Friday, October 10, 2014

Tiada Segmen Bloglist

10:31:00 AM 0 Comments
adehhh...

sakit perut pepagi buta...aku pun tak taula aku makan apa sampai cerry-berry ni....adoiii

actually, aku nak cerita pasal bloglist...nak masuk dalam bloglist aku tak?

ok, macam ni...blog aku takde segmen-segmen ni padahal malas nak buat. so sape-sape request nak masuk dalam bloglist, aku masukkan aje. takde syarat-syarat nak follow, buat entri bagai...yang tu terpulangla kat korang nak buat ke tak. sebab aku kadang-kadang, benda tu yang aku malas nak buat....maybe ada diantara korang jugak macam tu....ikut mood rajin ke tak kan?

aku bukan apa, sebelum ni aku masukkan semua blog yang aku follow dalam bloglist aku. tapi lepastu macam-macam masalah pulak... MALWARE DETECTED...nak cari satu-satu blog mana yang ada malware, jenuhla den.ayooo....tuan punya blog tak perasanke blognya kena malware?adehhh. senang cite aku remove semua. 

so,sape-sape yang nak request masuk bloglist tu....silakan....dialu-alukan :)

Thursday, October 9, 2014

Repeating Broga....Mungkinkah?

9:00:00 PM 0 Comments
hhmmm...

ohhh Broga...begitu dekat hatiku denganmu....Broga again....haks!

kali ni naik broga dengan kawan-kawan opis plak...dulu pegi dengan kawan-kawan se'U'

tapi belumla lagi peginya...18 haribulan nanti...adehhh....boleh lagi ke ni?tulang-temulang dah keras, stamina dah kurang...brape lame dah tak bersenam.... adakah berjaya seperti dahulu....nantikan


Layan gambar lama dulu....masa ni zaman cintan-cintun lagi


Raya Haji di Kampung Sendiri

4:48:00 PM 0 Comments
akhirnyaaaa....

Raya kali ni kat kampung aku...means, rumah mertua en.somi aku...hiks!

kali ni sepakat nak balik rumah aku memandangkan hujung bulan nanti akan ke utara (sepupu en.somi kawen), so takkan nak buat keje 2 kali kan? (nampak tak berkiranya aku). takdela, maksudnya hujung bulan ni jumpa family mertua.

maybe ada yang cakap, "eh, tu pun nak berkira..raya kan setahun sekali?apa masalahnya balik dua-dua kampung sekali?".... mari saya terangkan kenapa kami tak berbuat demikian...

1. Sebab cuti kitorang laki bini ni tersangatla singkat...al-maklumla koje swasta. awok bukan gomen nak cuti suka-suka hati...kadang sabtu ahad pun kena standby keje. en.somi lagila....sabtu koje..kenapa tak pakai annual leave?kite tak tau apa akan jadi akan datang...so, minimakan annual leave.

2. Sebab kitorang selalu balik kampung even bukan musim raya. kalau weekend free + bajet tak lari, kami akan balik kampung salah seorangla. so takde isu kenapa bergilir bagai. asalkan jenguk orang tua kat kampung ye tak..

3. Sebab kampung aku ngan en.somi jauh...1 hari atas jalan woooo...ceh, padahal perak & kedah je pun...tapi yela kan...penat ooo drive jejauh ni...1 hari letih. kau bayangkan, cuti raya haji start jumaat malam. en somi keje sampai sabtu petang...so itu-ini sampai perak tengah malam jugakla...esoknya ahad raya....takkan sabtu tgh hari atau malam nak gerak ke utara?kompom-kompomla kan ari senin nak gerak...dahtu ari selasa keje....wooooo....kau tak drive kau jangan banyak cakap. aku ni, walaupun bergilir-gilir drive..terasa letihnya

4. owh lupa..... aku ada 3 kampung, terengganu...........nak balik semua sekali dalam masa 2-3hari?kau mampu??

ok, toksah cakap dah..kang ada yang bergaduh... biarkan dengan pendirian masing-masing. janji kau bahagia

so, ni la aktiviti kami adik beradik...shoot...shoot...and shoot....akak aku memang suka jadi modelnya...senang...tak payah nak bayar model mahal-mahal....FOC.

 with daddy....

Thursday, October 2, 2014

White Water Rafting & Caving @ Gopeng, Perak : PART LAST

9:50:00 AM 1 Comments
.....sambungan daripada PART 1 & PART 2

Part 3 nak cerita apa ek?Oh, baru teringat harga minyak naik 20 sen..arghhhh!!!!

tapi aku bukan nak fokus kat isu tu. aku nak sambung cerita dari entri sebelum ni.

lepas activity caving tu, kitorang dibawa ke satu tempat penginapan untuk bermalam kat situ. kalau tak silap aku, namanya Dmal chalet...rasanyala. kitorang amik dua bilik je. 1 bilik untuk lelaki, 1 bilik untuk gegurl...eh, saya jadi orang bujang haritu :)

bilik dia actually macam dorm. katil double decker. tapi ok la...takla sempit...bila duduk ramai-ramai ni paham-paham je la...jadi joyahler...ada jer benda nak digosipkan.alamak, lupa nak amik gambar bilik & persekitaran chalet tu.

so, sampai je kat bilik tu...kitorang landing terus... ada yang mandi, tido, gosip...etc. dan aku......cer teka buat apa?of coursela mandi, pastu tido terus...pehhh, nikmatnya tido lepas mandi.tambah badan tengah letih....bangun-bangun je aku tengok bebudak ni tengah ber'bbq'...huh, nampak tak tido mati disitu?

lepas bangun, solat jap, pastu terus keluar tengok 'kite bakor...kite bakor'..... ayam, ikan, sosej....nasi goreng pun hado....so, malam tu ber'bbq' la kitorang sambil berchit chat mengenang kisah lampau. cewah!


 Pic : lepas keluar dari gua....menunggu untuk dibawa ke tempat penginapan

Wednesday, October 1, 2014

Food Review : Restoran Mee Tarik Warisan Asli

4:23:00 PM 5 Comments
petang-petang gini kalau bercerita pasal makan, mesti terliur kan?

tiba-tiba teringat satu restoran ni....aku pun first time sampai restoran ni... RESTORAN MEE TARIK WARISAN ASLI

actually, retoran ni chinese muslim punya. mee tarik yang dia buat, handmade...kalau tengok cara dia buat, memang kagum 1juta kalilah....



White Water Rafting & Caving @ Gopeng, Perak : PART 1

10:23:00 AM 4 Comments
Assalamualaikum...

Let's start writing with thinking ...hmmm....nak tulis ape ek....


Ohh...ok...dah ingat balik nak tulis ape....haa...meh sini baca, penat aku tulis nih....haha

Hmm...sejak-sejak jadi bini orang ni, makin aktif plak beraktiviti di luar. at least sebulan sekali kena keluar..tapi dengan en.somila....takde dia sape nak jaga aku kan.... takpela, at least ada orang jaga keselamatan & adab-adab seorang puan isteri kan...maklumla, aku ni kalau takde en.somi kat sebelah dia nafsu nak jadi orang bujang tu tinggi. dah kawen ni kena beringat sikitla... nasib baikla kawen dengan classmate walaupun dulu sangat memusuhi dia, so dia pahamla perangai aku macam mana :D

Ok, takmau citer romantik-romantik sangat, nanti korang muntah hijau

so, untuk bulan september...kitorang dah realisasikan impian seorang kawan....katanya teringin sangat nak join white water rafting kat Gopeng, Perak first time pegi Perak tak balik kampung .

Wednesday, September 17, 2014

Fujifilm Instax 210

5:06:00 PM 0 Comments
Harini aku tak nak buat review....cuma nak tunjuk hasil daripada instax 210 ni...

cer tengok ni....



dan lagi......



see?? tak mengecewakan kan? gambar boleh tahan cantik dengan model yang comel.  Tak terang sangat, tak gelap sangat (walaupun ade setting dia)...faham-fahamla kamera murah... tapi bila tengok hasil....puas hati. kalau korang xcaya, xpe...tapi jangan jeles. sila tengok dari jauh je ;)

Friday, September 12, 2014

Review of Fujifilm Instax 210

11:57:00 AM 0 Comments
assalamualaikum..
hallu..hallu..hallu

mode excited nak update belog sebab online shopping itemku udah sampey...yeayy!!!
ni semua gara-gara sorang member aku beli instant camera yang comel. so, aku pun macam terpedaya jugakla sebab :

  1. rupanya yang comel
  2. tangkap gambar, terus keluar gambarnye
  3. macam retro giteww...ala-ala kamera polaroid
ceh, dah ada digital camera, nak kembali ke zaman dolu-dolu plak....ok lah, takpe...boleh menambahkan koleksi kamera. lepasni nak beli yang ada filem kena cuci kat kedai gambar pulak...haha..

balik kerja, terus godek-godek kamera macam tak pernah jumpa  gambar pertama yang aku amik of coursela gambar encik somi aku, jadi model pulak dah..dahla dia baru balik dari site dengan muka berkilat 

OK..KAMERA INI SANGAT OHSEMMMM!!!!

Friday, August 8, 2014

Mabuk Ketupat + Rendang + Lemang

12:04:00 PM 1 Comments
haihh...musim raya belum habis lagi....raya kan sebulan..... so, dalam sebulan ni la makanan semua berasaskan raya..... pagi, petang, malam...haaa..menu raya....tudiaaa

adoiyaiii..sampai blog tak sempat nak update, raya punya pasal...bukan sebab cuti raya....lepas dari cuti raya, keje dah berlambak menunggu...so, nak bukak blog memang jauh sekalila...

so,cerita hari raya haritu....setelah fighting punya fighting...akhirnya, persetujuan telah dicapai....balik kampung mertua....hmmm...takpelah, raya jugak....walaupun sedih sebenarnya first time raya berjauhan ngan family sendiri....yela, tahun pertama raya berduala katakan. tapi tetap balik beraya ke kampung aku walaupun bukan raya pertama....

Thursday, July 17, 2014

Tips Elak Sembelit

9:25:00 AM 0 Comments
korang ada group whatsapp tak?

pagi tadi dalam waktu bersahur dah start berbunyi notification group whatsapp aku waktu tido & opis hour memang aku silentkan..semak je sikit2 bunyi..sikit bunyi. tambah2 yang jenis suka post benda copy paste ni. so ada seorang mummy ni bercerita gara2 sembelit sahurnya hanya minum air gara2 tak masak nasi, so aku tanya, kenapa tak masak nasi mala tadi je?then dia bagitau, lebih sejam dok dalam toilet gara2 memerut sembelitla tu then lepas memerut tido sebab tak larat.