Social

Wednesday, March 30, 2016

Travelogue : Padang, Indonesia (Part 3)

10:11:00 AM 0 Comments
Day 3....sambungan daripada entri sebelum ni
macam biasa, sahur kat hotel, ala kadar je.kemana kita harini?hmm..jom..jom..check-out hotel, harini hari terakhir kat Bukittinggi, kitorang akan ke Padang pulak. tapi dalam perjalanan wajibla menyinggah kan....heheh

1. Air Terjun Lembah Harau
harini kitorang ke air terjun lembah harau. kat mana air terjun ni? "payakumbuh where're you at??"haa...kat payakumbuh la...air terjun ni terletak kat Payakumbuh.ketinggian air terjun ni mencapai 100-150 meter. kalau ikutkan, nak je kitorang terjun dalam air tu.geram tengok air dia yang hijau tu..cantik....dah puas layan air terjun, kitorang gerak ke tempat seterusnya.

 on our way to Kota Payakumbuh....Payakumbuh where you at??!!

 yeahhh!!udah sampeii!!

 Landmark yang kau dah semakin hampir dengan air terjun Lembah Harau


Tuesday, March 29, 2016

Travelogue : Padang, Indonesia (Part 2)

4:49:00 PM 0 Comments
Day 2..sambungan daripada PART 1.
Hari ke-2 dah start puasa. so, kitorang bersahur kat hotel je. nasib baikla pihak hotel sediakan juadah untuk sahur. kalau tak, tak taula nak makan apa...pukul 3-4pagi mana ada orang berjual. cadangnya nak keluar malam tu, tapi masing2 dah keletihan berjalan seharian. lauk simple2 je...bolehla, janji boleh makan supaya esok hari tak lapar. lepas sahur, solat subuh...tido jap sambil nak menunggu siang. eh, kitorang memang kuat tido....hahahaha

1. Danau Tasik Maninjau
pukul 8.30 pagi, kitorang dibawa ke Danau Tasik Maninjau. terletak di kawasan Puncak Lawang menjadikan kawasan ni sangat cantik, tapi terlalu awal kitorang pegi, so kabus tebal....kitorang tunggu sekejap sambil berdoa supaya dapat melihat pemandangan ciptaan Allah yang sangat cantik. Alhamdulillah, Allah maha mendengar....subhanallah, cantik sangat tempat tu...
menurut lagenda orang minang, danau tersebut berkait rapat dengan kisah Bujang Sembilan. korang boleh google sendirila ek

Friday, February 5, 2016

Travelogue : Padang, Indonesia (Part 1)

3:43:00 PM 1 Comments
Assalamualaikum...ohoi...setelah sekian lama post ni menjadi draft, akhirya publish jugak. korang yang baca pun mesti bosan sebab travelog kali ni agak lama jugak dan berlapuk dah...adeh..sorry beb!

ok la, aku nak cerita jugak..lolz!

alkisahnya bermula tahun hujung tahun lepas bila Air Asia buat promo, biasala...depa kan suka buat promo. tapi dalam banyak2 destinsi yang depa tawarkan, aku tengok salah satu tempat yang agak murah tiket flightnya masa tu adalah...Padang, Indonesia. sebelum ni aku jarang mendengar Padang ni salah satu tarikan pelancongan yang femes. so, aku decide nak pegi sana memandangkan masa tu aku tak plan nak kemana...janji pasport bercop..hahaha. so, aku pun tempahla tiket dengan tak tengok kalendar...omg!rupanya dah tarikh yang aku pilih pada bulan puasa lepas...patutla murah!!sape nak travel bulan puasa ye dak...aduiiii...silap pilih tarikh...lantakla..janji murah...RM75/pax return!haa kau..sape yang tak nak kan...so, tarikh pun dah dipilih, Rabu, 16 Jun 2015 sampai 20 Jun 2015. sambil menunggu tarikh yang bakal tiba tu, aku google2 jugakla tempat tu.....then aku terkejut shocked surprise bagai nak gila....rupanya tempat tu la asalnya masakan Padang & asal usulnya orang minangkabau. best gila kot!sebab aku memang suka makan masakan indonesia ni.....nasi Padang, satay Padang..bla..bla..bla....so very the excitedla nak pegi, tak sangka...terasa berbaloi beli tiket..heh!hari2 la aku google tempat2 best kat sana...mulanya, aku & husband nak backpack & sewa kereta je...tapi memandangkan kawasan dia agak jauh dari satu tempat ke tempat yang lain, tambahan plak kesesakan lalulintas kat indonesia ni agak extreme (senang cakap tak berani nak drivela),dahla first time datang sana, so kitorang decide nak ambil guide....berdasarkan komen positif dari macam2 forum, aku amik Aldy Doank (korang bleh google) sebagai tour guide kitorang. harga sangat2 berpatutan, peramah plak tu. jadi pakej yang kitorang amik just transport & hotel.tips tu ikut korangla, seikhlas hati...agak2 la dengan servis yang diorang kasi.jangan kedekut sangat..hahah..travel dulu, bayar kemudian..good Aldy!!

So, hari yang ditunggu2 dah tiba...flight pukul 7.50pagi dari KLIA2. Dari rumah (kat Puchong), kitorang drive ke stesen ERL Salak Tinggi then parking kat sana..sehari RM4 sahaja..yea..RM4 sahaja. disebabkan kitorang agak lewat, so sampai kat airport dah dekat 7.30...apa lagi, maraton la, takut gate tutup..dahla gatenya jauh(sakit hati makkk)..sampai2 memang termengah2, baju dah basah jangan katala...nasib baikla, ngam gate tutup..kalau lewat...hmm...memang kena tinggal lagila jawabnya....dahla pegi Langkawi aritu kena tinggal Flight...huuu....so, flight pun boarding mengikut jadual, alhamdulillah, takde masalah..takde delay..selamat sampai. perjalanan mengambil masa kurang dari sejam.

1. Bandara Udara Minangkabau
Dekat airport ni, kita kena melalui pemeriksaan imegresen..macam airport2 lain. setelah selsai, kitorang cari tourguide kitorang. dari jauh dah nampak tertera tulisan nama husband aku atas sekeping kertas. Aldy hantar orang dia untuk jadi tourguide...tak kisahla sape pun, janji puas hati...namanya Dian. Dian ni lelaki ye, bukan perempuan. so, kitorang terus menuju ke destinasi kitorang....Bukittinggi. kenderaan yang disediakan?toyota estima beb! Oh lupa, tukar duit dulu...tak sempat nak tukar kat Malaysia...heheh...duit tak cukup jangan risau, kat sini banyak bank. cimb ada...maybank pun ada.

masa ni dah nak sampai dah...kira2 lagi 10 minit nak landing. tapi dah sampai tanah besarla..

2. Air Terjun Lembah Anai
dalam perjalanan ke Bukittinggi, kitorang melalui sebuah air terjun yang sangat cantik di tepi jalan. Subhanallah, serius dong amat nyaman sekali (eh, apesal aku cakap bahasa indonesia nih). dikhabarkan, air terjun Lembah Anai ni adalah air terjun yang teringgi di sana di tepi jalan. ketinggiannya sekitar 35 meter dan merupakan salah satu tarikan di Sumatera Barat. Tiket masuk hanya rp1500 seorang.



ikutkan hati, nak aje aku terjun tiruk..mandi kat situ...nasib baikla jauh lagi perjalanan....

Thursday, July 9, 2015

Travelogue : 2 Days Trip to Cameron Highland...yeayy!!

1:35:00 AM 0 Comments
uishh..penat bekerja...outstation dah berapa bulan dah ni. balik rumah pun sebulan sekali je. memang boleh dapat anugerah pekerja cemerlang dah ni...adesss

bila dah penat bekerja, tiba2 ada orang ajak pegi holiday..memang bestla...akak aku ajak pegi Cameron Highland kali ni....alang2 nak rehat, boleh sambut birthday abah aku sekali kat sana. kali ni kami tak pergi banyak tempat kat sana. yela...dah nama pun nak berehat kan....duduk homestay kat sana sambil menghirup udara yang segar dan dingin gitewww...

kali ni holiday, akak aku belanja sepenuhnya.....yesss!!!aku cari homestay, dia bayar...hahaha..aku cari kat area Brincang..nama apartment tu Crystal Crown apartment. not bad la rumahnya...sangat selesa untuk yang datang berkeluarga. dah macam hotel dah rumahnya. tapi disebabkan masa kami pergi aritu public holiday, harga pun naik sikitla...selalunya RM300 per night. time kami pergi aritu RM350....redha je la...itu je yang ok masa tu. yang lain semua fully booked.

kami pegi pun tak lama...2 hari 1 malam je..

pagi sabtu gerak ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. sampai sana konon2 nak cari port breakfast bekal yang bawak dari rumah...tengok semua taman penuh dengan manusia pepagi buta tu. last2 turun Tanah Rata, ternampak ada satu taman tepi jalan tu, tak berapa ramai orang. so berkelah kat situ je la.

nasi goreng cina+sambal sotong+petai...mabeles dimakan kat tempat sejuk2 nih!


sementara nak menunggu check in homestay tu pukul 2 tu, kami ronda2 dulu kat Brinchang. akak aku beriala ajak pergi time tunnel, sekali bila dah sampai aku ingatkan dia nak masuk sekali...rupanya dia suruh aku dengan encik suami masuk...belajar sejarah Cameron Highland katanya. abah aku awal2 dah surrender tak nak masuk sebab malas nak berjalan....aiyoooo




Wednesday, July 1, 2015

Travelogue : LIMA'15 (Part 3 - last)

11:46:00 PM 0 Comments
Hari ke-3 kami berada di Langkawi...last day..last day..nak balik dah. so harini takde apa2 aktiviti. just berkemas-kemas untuk pulang ke KL.

so dari Langkawi kami menaiki feri menuju ke Kuala Perlis, singgah Kangar ambil kereta dan terus menuju ke destinasi terakhir sebelum pulang terus ke KL. singgah ke rumah tokwan di Sungai Limau Dalam dulu...kampung tokwan ni terletak kat Yan, Kedah.

sekejap je kami singgah..lepastu terus balik KL. taknak lewat sangat sampai KL sebab esoknya nak kerja....

so, enjoy pun dapat..penat pun dapat...hahaha..yang penting happy..penat tu biasala kalau travel kan...

expenses untuk last day :

Fuel          = RM70
Toll               = RM40.60

JUMLAH           = RM110.60


untuk jumlah keseluruhan pulak

Day 1    = RM 218 (Boleh rujuk SINI)
Day 2    = RM 100 (Boleh rujuk SINI)
                                         Day 3     = RM110.60

JUMLAH KESELURUHAN = RM 428.60

tolak duit tiket aerospace LIMA & muzium 3D untuk seorang = RM25

jadinya, RM 403.60 untuk 3 orang

seorang, RM 134.50 ....YESS!!!ONLY RM134.50 for 3D2N termasuk tiket, minyak,tol!!!RETURN!!


Murahkan kalau travel ramai2 ni..lagi ramai lagi murah!!

so, sape kata tak mampu nak travel?semua orang mampu, cuma kawal perbelanjaan la....yang mana boleh cut cost, kita cut cost.

ok...see you on next travelogue!!!

*penginapan + transport kat Langkawi = subsidi :)


p/s : sarah, nanti kite kasi edited video ye!!tak boleh nak haplod plak

is this our last holiday before you fly???haaaa...sedih.......jaga diri di tempat orang yepp!!

THE END

previous : PART 1 , PART 2
Internet malam ni macam haram!!

Thursday, June 25, 2015

Travelogue : LIMA '15 (Part 2)

11:13:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum...

ok..sambung lagi pasal LIMA '15 haritu...

ok..ok..lepas solat jumaat, kitorang keluar rumah menuju terus ke pameran maritim yang terletak di Awana Porto Malai.tiket masuk berapa RM? IT'S FREE OK!! ...lebih kurang pukul 3 kitorang gerak dari rumah...dekat2 pukul 4 sampai. ngam2 sampai sana, demo maritim pun start...weeee











so bertapala kami berempat kat situ sampai ke petang...pukul 6 lebih gitu kitorang gerak balik ke rumah...on the way balik rumah tu, ingat nak singgah pekena laksa tepi airport yang 'pemes' tu..sekali sampai2 diorang dah berkemas nak tutup dah....hampaaaaa :(

Wednesday, April 8, 2015

Travelogue : LIMA'15 (Part 1)

9:47:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum...

Haluuu...lame bebenor rasanya tak update belog. almaklumla...super duper busy. balik dari LIMA'15 haritu terus je dipanggil untuk outstation ke Penang...ni dah masuk minggu ke-3 dah ni tak balik rumah...haihhh.

Ok la, straight forward...haritu aku ada janji nak update pasal LIMA'15 kan....so, aku nak tunaikan.cewah! well, let's read!

seperti yang aku cakap sebelum ni, aku, en.somi aku, dan my makwe travelled from KL-Kuala Perlis pada malam khamis tu, 19/3/2015. terpaksala kitorang gerak malam supaya tak bersesak2 kat jeti esok harinya. faham2 je la...every LIMA yang jatuh pada musim cuti sekolah...tak pernahnya berkurang pelancongnya....

malam tu, kitorang gerak dalam pukul 12 tengah malam gitu, dengan pecutan 160km/h bersilih ganti aku dengan sarah. akhirnya sampai ke Kangar dalam pukul 5.30 pagi. singgah rumah maksunya en.somi untuk park kereta (nak elak parking berbayar katanya). lepas mandi, solat subuh & sarapan...kitorang menuju terus ke jeti Kuala Perlis...syukurlah sangat mudah untuk urusan tiket feri. actually, kami dapat tiket untuk pukul 10.30 pagi...tapi disebabkan kebijakan en.somi sebagai penduduk sementara Langkawi, dia dok ejas2..dapatla naik feri dalam pukul 8.15 pagi, Alhamdulillah...thanks darl!!! so, dalam 9.30pagi kitorang dah menjejakkan kaki kat Pulau Langkawi. Yeayyyyy!!!

Maapla...setakat ni takde gambar.huks!

Jumlah perbelanjaan setakat ni..

Minyak kereta : RM110
Toll                 : RM 52
Tiket               : RM 18 x 3
Total               : RM 218 untuk 3 orang setakat ni

lepas sampai je kat sana, terus balik rumah ibu mertuaku di IPD Langkawi (yes, apak mertua i pakcik polisi)...yeay!!HIG depan rumah (syurga shopping owhhh..jalan kaki je). tapi bab2 shopping kite kasi rileks dulu..sebab main objective nak pergi LIMA. balik rumah, rehat2 dulu. mandi, makan, en.somi solat Jumaat...then lepastu baru pergi LIMA.....

....to be continue

next entry will be more exciting...more piccas!!!

next : Part 2, Part 3
Every day is a journey, and the journey itself is home.