Social

Friday, February 21, 2014

BRIDE TO BE (Chapter 2)

Assalamualaikum..selamat pagi....untuk bakal2 pengantin, ini chapter 2 plak. Chapter 1 KLIK SINI . sorryla susunan preparation tunggang terbalik... al-maklumla, aku buat yang mana sempat, yang mana bleh buat dulu & sambil2 ... kalau nak ikut turutan alamatnye banyakla yang tak siap. majlis lebih kurang 3 bulan lagi.... so ada masa, buat je ape yang sempat.

Ok. kali ni aku nak cerita pasal DOKUMEN2 PERKAHWINAN plak. senang cerita aku sebenarnya tak tau pun dokumen apa yang diperlukan, semua abah aku yang setelkan. baik tak abah aku? so, sementara tunggu dia nak pos kat aku al-maklumla keje luar negeri ;P  aku pun pegila klinik kesihatan berdekatan untuk buat ujian saringan HIV. paham-pahamla kalau klinik kerajaan ni... tunggu 2-3 jam belum tentu doktor panggil lagi. lepas kena panggil tu, pegawai perubatan pun checkla segala borang & ic bagai. sekali dia cakap 

" nak nikah kat mana ni?"
"perak"
"hmm... dik, kalau nikah kat perak, diorang ada borang diorang sendiri untuk ujian HIV"
sambil ternganga terpaku terdiam kelu
"abes tu macam mana ni? kena bawak borang tu & buat ujian balik ke....ke cane?
"macam ni, surat pengesahan ni saya simpan, once awak datang, bawak borang tu skali & jumpa saya..saya akan buat pengesahan"
"ooo...ok....tq"

Ok...selesai masalah... tapi kesimpulannya, lain kali tanya orang dulu, jangan pandai2 sendiri.

So, arini aku dah dapat kiriman borang2 daripada abah aku. BAKAL PENGANTIN WAJIB TAHU!!!


- senarai semak permohonan kebenaran berkahwin -



permohonan kebenaran berkahwin -



- borang wakalah / persetujuan wali -



- borang ujian saringan HIV -


so, please take note untuk bakal pengantin  di perak tapi aku rasa negeri lain sama jugak kot

Ok, lepas isi korang pegi hantar balik /  mintak tolong ayah korang ke... hantar kat pejabat agama dekat tempat korang. nanti diorang proses permohonan korang, pastu selamat pengantin barula yekk :)


p/s

bakal pengantin lelaki yang nak menikah ngan bakal pengantin perempuan dari Perak atau nak menikah di Perak, sila gunakan borang HIV dari negeri yang sama. kalau x, permohonan korang ditolak. 


#throwback

No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)