Social

Tuesday, November 25, 2014

Kisah #lakibini (laki pun gemuk jugak)

10:59:00 AM 0 Comments
semalam balik dari kerja, terus makan sebab pagi sebelum kerja dah siap masak..kot2 laki balik kerja nak makan. so balik rumah tengok ada lebih...malam, dua- dua tak makan sebab dah kekenyangan...

disebabkan kat rumah takde hiburan seperti tv, so tempat melepak kitorang kat dalam bilik je la....

sambil2 baring main clash of clans, laki tanya lepas dia tengok peha dia ada garisan2...

"sayang, ni garisan2 ni..apa dia?"

cepat je aku jawab,

"tula selulit....haaaa...tula, cakap orang gemuk....dia pun gemuk tak sedar"

"mana ada gemuk...weekkkk"



mengata orang, paku serpih..mengata orang, dia yang lebih!

kesimpulan : lemak membiak dengan jayanya bersama kami...kuikuikui

Monday, November 24, 2014

Kisah #lakibini (bini gemuk)

9:03:00 AM 0 Comments
sebenarnya dari baru-baru kawen lagi aku dah perasan berat badan dah start naik...kalau sebelum kawen maintain je 50-53kg...sekarang...pehh..lemak membiak dengan jayanya..

ada satu malam, laki aku tegur...

"dah gemuk...kurusla sket"

pastu aku cuba mencari produk2 yang boleh menguruskan nih....disamping pegi jogging (itupun kadang2 pegi kalau rasa rajin dengan kawan opis)

jumpala satu produk ni...ala2 losyen mustajab gitu....

then masa aku mintak tolong dia sapukan....dia gelak!!!

"awak beli utk kuruskan badan???' sambil gelak terbahak-bahak

sentap ok!!!

dia yang cakap aku gemuk,pastu dia gelak plak aku nak kurus...grrrr

Friday, November 21, 2014

Kisah #lakibini (makan luar)

9:00:00 PM 0 Comments
suatu petang, kami naik motor...nak pegi kedai motor, tukar tayar.....dekat depan kedai motor tu ada gerai jual satay baru berkemas-kemas nak bukak

aku pun cakap,

"eh, kedai satay tu baru nak bukak" , memandangkan kitorang pernah pegi situ

laki aku buat cubaan nak troll lagi,

"eleh, nak makan satay le tu"

"mana ada, orang tak cakap pun....so malam ni nak makan apa?mee goreng boleh?mee ada kat rumah"

lepastu laki aku jawab,

"hmm...kita makan satay lah...esok baru masak"

see....sape yang nak makan satay sebenarnya??pantang ada duit lebih... :P

Kisah #lakibini (makan)

12:30:00 PM 2 Comments
macam biasa, aku balik keje pukul 6 petang, suami dah ada kat rumah

"sayang, malam ni awak nak makan apa?kita masakkan"

laki aku jawab,

"entah"

aku tanya plak,

"awak lapar tak?"

dia jawab,

"entah, awak lapar ke?"

aku jawab,

"lapar ni...awak nak makan apa?"

dia jawab balik,

"entah, apa-apa je"

arghhhhhhh!!! boleh tak jangan bagi jawapan 'entah ' & 'apa-apa je'???  cer specific kan!!!adoiiilaaa....


nota kaki :  jangan heran dengan panggilan 'kita, awak' ....kitorang memang biasa panggilan tu ;)

Thursday, November 20, 2014

Kisah #lakibini (bini membebel)

9:00:00 PM 2 Comments
" rajinnya isteri kita"

"amboi, perlila tu..."

laki aku gelak lepas aku cakap macam tu

"sayang, kemasla rumah...bersepah dah ni"

aku, sambil pandang & menggenggam tangan rasa nak bagi penumbuk

"amboi, ingat kita ni duduk rumah..duduk saje?kita kemas rumah, tak sampai 24 jam bersepah balik....buat kerja, kertas tu sepah...letak sana-sini, cubalah letak setempat"

"mana ada"

"tak mengaku lagi??" sambil tarik telinga laki

"adoiii"

haaa...menyesal tak troll bini??kan dah kena bebel + piat telinga....lain kali nak buat tak?

Kisah #lakibini (bergaduh, merajuk)

10:29:00 AM 1 Comments
assalamualaikum....selamat pagi

dah hampir 6 bulan rupanya aku berkahwin dengan #budakjahat ni.... alhamdulillah, setakat ni ok la...bahagia...gaduh sikit2 tu biasala....mana ada #lakibini yang tak pernah gaduh langsung kan...

tapi bagi kami, kebiasaannya kalau kitorang gaduh, dia yang akan pujuk aku dulu...tak kisahla kalau salah aku pun, mesti dia yang pujuk dulu...dia buat manja2 dia.... "sayang, kita lapar..." , mana ada isteri yang sanggup dengar suami cakap macam tu.... hati tengah panas time tu pun, tiba2 boleh jadi sejuk...tapi lepas masak, sambung merajuk balik....hahahaha...

suami aku ni, kalau aku merajuk, dia suka peluk...sebab tu aku suka merajuk selalu...heee

sayang, mintak maaf ea kalau kadang2 mungkin agak keterlaluan & berlebihan mengamuk & merajuk. tak boleh kawal emosi kalau sampai tarikhnya :)

only you understands me! 

Wednesday, November 19, 2014

Ada Apa Dengan Taiping, Perak?

2:59:00 PM 3 Comments
lamanya tak update belog...baru 2 entry bulan ni?biar betul??!!!adoiyaiii..

actually, iolls busy yang maha hebat sebenarnya bulan ni.... ni pun dah berapa lama tulis tajuk, harini baru dapat mengarang entry. tarikh aku travel pun lupa dah...

kalau xsilap aku, aku pegi Taiping 6 haribulan haritu...hadoiii..lost memory....

sebenarnya aku pegi sana bukanla saje2 nak honeymoon...tapi dah alang2 kat sana kan....paham-paham je la...

akak aku masuk hospital minggu sebelum tu...ada buat pembedahan kecil. Alhamdulillah...selamat semuanya..disebabkan minggu sebelum tu aku xdapat nak balik, so 6hb baru aku dapat jenguk akak kesayangan aku ni....

so, hari sabtu baru aku gerak ke Taiping sebab en.somi aku keje pagi sabtu tu....singgah kat kampung jap amik abah aku then bawak terus ke Taiping....malam tu kitorang berkampungla kat rumah akak aku kat Taiping...

malam tu dah kemain ligat kepala otak ni dok fikir esoknya nak pegi mana....

konon2 pagi tu nak berjalanla...last2....hmm...hampehhhsss.... pakat dok tido belaka, tengahari baru keluar lunch then terus pegi berjalan sekitar Taiping. yang akak aku pun...xpadan dengan sakit, nak berjalan jugak....boring duduk rumah katanya..haha

akak aku teringin nak pegi galeri kraf kat penjara Taiping tu...sampai2 tengok galeri tu tutup...hampa...so, tempat paling dekat muzium Taiping la...

mengimbau kenangan betul....kalau xsilap aku, last aku pegi muzium ni masa aku tadika dulu....lebih dah 20tahun....adehhh... masuk2 je muzium, aku tengok sama je macam dulu2...xbanyak yang berubah....aku ingat lagi dulu masa aku pegi ada replika tulang gajah sebesar dinosor...oh, ada lagi mehhhh!


Wednesday, November 5, 2014

Berhari Minggu di Escape Room e@Curve

12:45:00 PM 2 Comments
weekend lepas kitorang pegi escape room kat e@curve damansara..alaa..yang depan ikea tu..hehe..kali ni kitorang buat bertiga je aktiviti ni...tak taula kenapa yang lain-lain taknak join...mungkin sebab benda ni memerlukan kemahiran berfikir logik..argh, lantak pi la depa takmau join...kami tak kisah...jangan kata menyesal tak ikut sudah..haha

actually, aku dah pernah dengar sebelum ni pasal escape room...tapi aku xtau ape mende escape room tu...so dalam minggu lepas jugakla aku google mende ni..so nampak interesting...dengan selamber book tiket and ambil challange antara yang susah jugakla..haha...ambikkkk...konon difficulty yg paling senang xmencabar....sekali amik yang susah, sampai duduk bersila dok fikir macam mana nak escape dari bilik tu...

kami dah pergi..korang bila plak???

actually game ni macam ni...cabaran dalam 45 minit untuk keluar dari bilik tu...tapi dalam bilik tu akan ada clues untuk unlock pintu untuk keluar.bapakkk susah...haha..

korang boleh refer sini http://www.escaperoom.international/


ni sinopsis dia