Social

Monday, October 16, 2017

Travelogue : Kota Kinabalu, Sabah

Entri jalan2 ke sabah...

eh salah, outstation sebenarnya. bekerja sambil bercuti. aku bekerja, laki akula syok bercuti. ceh!
tiba2 dia buat surprise nak datang sabah. apa lagi, kelam kabutla cari kereta sewa. takkanla nak berjalan guna urber plak...jauhhh tempat2 kat sini.

kali ni datang KK (bulan 3 haritu), tak banyak tempat pun pegi sebab takda mood, stress kerja...fikir nak balik je..tapi sempatla jalan sikit2.



cantik tak bilik iolllss...kelasss....company sponsor




balik kerja terus pickup husband kat airport & amik kereta sewa. lepastu pegi cari makan kat pasar filipin sebab dah lapaq teruk. dalam perjalanan tu, macam biasala...luahan perasaan sampai nangis2 nak balik padahal 2minggu je pun..bengkak mata aiii..



jemput tengok...menu wajib kalau datang sini, lobster butter & ikan bakar. lepastu balik hotel. esoknya pegi Kundasang. kali ni tak singgah rumah terbalik kat Ranau sebab rasa macam tak berbaloi, dah pernah pergi sekali. bayar rm10 tak tau sekarang dah naik ke tak. tapi yela, bayar..tapi tak boleh amik gambaq.. takpelah, kita pergi tempat lain plak.

dalam perjalan sempat jugakla singgah jambatan tamparul...tapi tengok dari dalam kereta je la.



 tadaaa..sampai dah Kinabalu Park, kami datang sini lagi...yehaaa...



Gunung Kinabalu ni malu2 sikit...asyik menyorok dalam awan je...kite tunggu sampai dia keluar. tu pun sekejap, lepastu menyorok balik. lepastu macam biasa port dating, Desa Dairy Farm






dah puas tengok kambing,lembu, makan minum produk tenusu, gerak keluar pulak. eh jap, produk tenusu dari sini tersangat sedap tau.rugi takcuba kalau dah sampai sini.mesti cuba!!




cacat


destinasi seterusnya, Kundasang War Memorial. tak jauh pun dari Desa Dairy Farm tu. keluar simpang besar tu, dekat tapak pasar Kundasang tu. yang ni tak pernah pergi lagi. tapi memang interesting placela untuk dilawati bagi sesiapa yang suka sejarah tu...macam aku.
habis jalan2, singgah pasar kat situ, cari barang yang boleh dimakan.

"jangan kau cari sinalau bakas ya!!"



habis jalan2, kami balik KK.sempatla singgah pasar filipin untuk makan malam sambil tengok sunset.





benda ni dah jadi favorite aku plak. kalau makan dengan nasi, mesti nak kena ada hinava ni. tapi masa kat sana je la. kat semenanjung ni tak jumpa. try buat tapi rasa tak sama..haihh



balik hotel, pengsan sebab penat sangat. sempatla husband tolong bawakkan baju kotor pegi dobi malam tu. esoknya Isnin dia duduk dalam bilik, aku pergi kerja. lusa dia pun terbang ke KL kembali, tinggallah aku sorang2 balik.



bila dia whatsapp je gambar ni terus menangis nak ikut balik. nasib baikla hari jumaat minggu yang sama aku balik jugak. tu pun sampai tak tidur siapkan kerja nak balik punya pasal.punyala happy dapat balik rumah.


*dulu zaman2 bujang seronokla outstation lama2 sebab boleh kumpul duit. sekarang bila dah kahwin bagila banyak mana pun duit, kalau ada pilihan untuk tak pergi, sanggup tak pergi daripada dapat duit..haihh..family first!

No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)