Assalamualaikum....hai, intai apa tu?nak cari reference untuk ke Korea ke?
ok, kita sambung lagi dari entri part 1 sebelum ni.
sebelum party halloween diorang malam tu, kitorang pergi dinner kat satu restoran halal ni.. Eid Restaurant (dah ada cawangan kat Malaysia wehhh) kalau tak silap nama dia. korang boleh search kat google atau apps yang tunjuk restoran halal kat Korea. sedap jugak makan kat situ. kebetulan masa kami datang tu ada student Malaysia kerja part time kat situ. apa lagi,mintak cili potongla..
tak lama pun kami singgah, tapi sempatla pusing satu kawasan tu, lepastu terus ke Pulau Nami. sampai sana, aku tak expect seramai tu....udah ghope orang nak pegi umrah ramainya...tunggu turn naik feri.ada 2 cara untuk korang sampai ke Pulau Nami, sama ada naik feri atau 'Namieseon Zip Wire' (macam flying fox tu)..disebabkan aku seorang yang gayat, so idokler aku naik benda alah tu,kot jatuh dalam ayor...huu..haru...tapi bagi sesiapa nak rasa advanture, dipersilakan..
Nami Island yeayyy!!! winter sonata!!
lepastu singgah dinner ala2 Korean gitu (eh penatla makan daun je) dan terus checkin hotel kat sana. malam takde aktiviti melainkan makan jajan kat bilik sambil tengok tv korea takde subtitle...
serius sedap weh, tak tipu!!
that night
so aku tak tau apa jadi malam tu, memang tido tak hengat...kenyang+letih+sejuk..memang sedap;a tido. dengar2 ada yang sampai mabuk. lantokler deme..
DAY 2 - NAMI ISLAND
esok paginya kembali normal. selepas breakfast terus bergerak menuju ke 'Petite France'. Lokasi dia tak jauh dari Pulau Nami, on the way ke Pulau Nami memang akan jumpa tempat ni dulu... tempat dia ala2 kat Perancis, cantikla...ada scene drama2 Korea yang terkenal pernah shoot kat sini.
banyakla gambar selfie aku, jalan sorang2 selfiela...
Nami Island yeayyy!!! winter sonata!!
selfie, wefie, suruh orang amik gambar, dabbing satu kali..hahaha
keluar je dari Pulau Nami, terus makan grilled Korean style...cedap! then terus menuju ke utara Seoul, Sokcho Fish Market,agak jauh jugakla.. perjalanan dalam 3-4 jam jugakla, sampai sana dah senja.
ok, Day 3 aku cerita kat next entry..
No comments:
Post a Comment
Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)