assalamualaikum...
ok kali ni aku nak cerita pasal trip bulan 12 haritu...Sabah bahh...again...
kali ni bawak family in law pulak. cerita asalnya, konon2 family dayla, whole family plan nak pegi. last2 terkontang-kantingla in law aku sebab masing2 cancel last minute. dan asalnya jugak aku laki bini nak pegi lewat sikit disebabkan tak rancang pun nak amik cuti banyak2 sebab nak simpan cuti untuk next travel. apa boleh buat...lodging semua dah confirm.
kali ni trip lebih santai sikit..maklumlah bawak orang dah berumur.kena sesuaikanla dengan peringkat umurla ye dak...kang jenuh patah pinggang berdiri berjalan semua.
Day 1 (KK - Tamparuli - Kundasang)
memandangkan mak & ayah mertua aku dah ada 2 hari awal kat sana, so aku & hubby fly ke Kota Kinabalu awal pagi betul2 lepas subuh. sampai je terus kitorang gerak ke Kundasang. singgah solat jumaat di kundasang & sambil2 tu amikla gambar sekeping dua.
perjalanan diteruskan ke Kundasang. dah lewat petang jugakla kitorang sampai. kena slow & steady. sebelum checkin homestay, sempatla singgah makan & jalan2 kat pekan Kundasang menanti hari gelap. oh btw, homestay kitorang tu kat Kampung Cinta Mata (Siti Homestay). view memang cantikla. kat kaki gunung Kinabalu.
cantik kan?
boleh check out my ig for aerial view
Day 2 (Kundasang - Ranau - Kudat)
Hari kedua, lepas breakfast terus ke Kinabalu National Park. tak jalan lama pun, turun kereta kejap je. aku pun dah selalu ke sana..
lepastu terus ke Desa Dairy Farm.
teruskan perjalanan ke pekan Ranau, singgah jap solat jamak. dalam perjalanan tu, pad break pulak haus. nasib baikla ada standy duit lebih, so tukar siap2. balik KK nanti claim kat owner. so kitorang terus ke Ladang Teh Sabah. sampai sini pun macam agak lewat jugakla. so tak singgah lama sebab Kudat masih jauh lagi.
sampai Kudat pun dah isyak kat sana. so solat jamak siap2 pastu baru checkin. kitorang tinggal kat Tommy's Place. betul2 dalam kawasan the tip of borneo. lepas makan, rehat terus tido.
bangun pagi, siap2 nak checkout. sebelum tu pergi breakfast & layan main drone kat tip of borneo. nak tengok video sila ke ig aku :)
lepas checkout teruskan perjalanan balik ke KK. dalam perjalanan, singgah kat Kota Marudu untuk solat. makan pulak kat Kota Belud.
teruskan lagi perjalanan, takut lewat sampai. hari pulak makin gelap sebab nak hujan. sempat lagila singgah rumah terbalik kat Tamparuli. masih sama macam dulu, cuma sekarang makin mahal, ada muzium 3D. ikutkan takda dalam itinerary tapi mertua request nak pergi..layannn..
lepastu terus ke Pasar Filipin untuk makan malam.lepas solat semua, jalan2 cari souvenir then balik tido. oh, kat KK kitorang duduk kat rumah rehat polis memandangkan ayah mertua polis, so senangla sikit.
maafla yer buat korang terliur. butter prawn tu wajib..eh silap,lobster
Hari ke-4 tak buat apa pun, just jalan2 & mendobi baju. sementara nak tunggu flight next day ke Sandakan.....
......continue
No comments:
Post a Comment
Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)