Social

Showing posts with label minangkabau. Show all posts
Showing posts with label minangkabau. Show all posts

Wednesday, March 30, 2016

Travelogue : Padang, Indonesia (Part 4 - Last)

1:49:00 PM 0 Comments
part last - Day 4 - LAST DAY!!! :(
sahur dulu...solat subuh,lepastu berkemas-kemas nak checkout


1. Pantai Air Manis

lepas checkout kitorang terus menuju ke Pantai Air Manis. ni la tempat paling aku nak pegi.nasib baikla sempat pegi. pantai ni takdela cantik sangat airnya, cuma kat sini ada bekas tinggalan lagenda Malin Kundang (nanti aku cerita detail). rasanya kalau tengok air, macam tak berapa sesuai untuk mandi, mungkin sebab pantai ni tak diselia dengan baik. 





2. Batu Malin Kundang

kalau kat malaysia, malin kundang ni terkenal dengan nama si tanggang. tah wujud, tah tidak...aku pun tak tau.dah nama pun lagenda..mungkin jugak mitos yang diada-adakan untuk memberi pengajaran terhadap anak yang derhaka kepada ibu bapanya. kitorang berkesempatan tengok sendiri batunya...agak unik disitu. menurut apa yang aku baca, bongkahan batu yang ada kat situ menggambarkan pengakhiran hidup Malin Kundang iaitu seorang saudagar yang kaya selepas berlayar meninggalkan kampung, dan apabila dia pulang ke kampungnya, dia tak mengaku ibunya. then apa lagi, kena sumpah jadi batula.kalau akula jadi ibu dia, aku sumpah jadi rumah banglow, tak payah susah2 aku nak kumpul duit beli rumah dah, silap2 boleh jual, duit boleh pegi haji...lolz!tak lama kitorang kat situ..lepastu nak kena gerak ke airport





Sampai je airport, kitorang terus checkin & luggage semua..pergi kosong, balik berbeg-beg..haaa..sementara nak boarding, sempat jugakla aku singgah beli souvenir. nasib baik ada kedai dalam tu..huh..last minute shopping before balik KL. dalam pukul 1 lebih gitu, kitorang pun boarding.......till we met again...will miss you, Padang......byeee. Thank you Dian, thank you Aldy.



so, overall cost = RM1000 +/- for 2 pax
(tiket flight+tourguide+tips+makan+transport+tempat tinggal)

end

“The gladdest moment in human life, me thinks, is a departure into unknown lands.” – Sir Richard Burton

Travelogue : Padang, Indonesia (Part 3)

10:11:00 AM 0 Comments
Day 3....sambungan daripada entri sebelum ni
macam biasa, sahur kat hotel, ala kadar je.kemana kita harini?hmm..jom..jom..check-out hotel, harini hari terakhir kat Bukittinggi, kitorang akan ke Padang pulak. tapi dalam perjalanan wajibla menyinggah kan....heheh

1. Air Terjun Lembah Harau
harini kitorang ke air terjun lembah harau. kat mana air terjun ni? "payakumbuh where're you at??"haa...kat payakumbuh la...air terjun ni terletak kat Payakumbuh.ketinggian air terjun ni mencapai 100-150 meter. kalau ikutkan, nak je kitorang terjun dalam air tu.geram tengok air dia yang hijau tu..cantik....dah puas layan air terjun, kitorang gerak ke tempat seterusnya.

 on our way to Kota Payakumbuh....Payakumbuh where you at??!!

 yeahhh!!udah sampeii!!

 Landmark yang kau dah semakin hampir dengan air terjun Lembah Harau


Tuesday, March 29, 2016

Travelogue : Padang, Indonesia (Part 2)

4:49:00 PM 0 Comments
Day 2..sambungan daripada PART 1.
Hari ke-2 dah start puasa. so, kitorang bersahur kat hotel je. nasib baikla pihak hotel sediakan juadah untuk sahur. kalau tak, tak taula nak makan apa...pukul 3-4pagi mana ada orang berjual. cadangnya nak keluar malam tu, tapi masing2 dah keletihan berjalan seharian. lauk simple2 je...bolehla, janji boleh makan supaya esok hari tak lapar. lepas sahur, solat subuh...tido jap sambil nak menunggu siang. eh, kitorang memang kuat tido....hahahaha

1. Danau Tasik Maninjau
pukul 8.30 pagi, kitorang dibawa ke Danau Tasik Maninjau. terletak di kawasan Puncak Lawang menjadikan kawasan ni sangat cantik, tapi terlalu awal kitorang pegi, so kabus tebal....kitorang tunggu sekejap sambil berdoa supaya dapat melihat pemandangan ciptaan Allah yang sangat cantik. Alhamdulillah, Allah maha mendengar....subhanallah, cantik sangat tempat tu...
menurut lagenda orang minang, danau tersebut berkait rapat dengan kisah Bujang Sembilan. korang boleh google sendirila ek

Friday, February 5, 2016

Travelogue : Padang, Indonesia (Part 1)

3:43:00 PM 1 Comments
Assalamualaikum...ohoi...setelah sekian lama post ni menjadi draft, akhirya publish jugak. korang yang baca pun mesti bosan sebab travelog kali ni agak lama jugak dan berlapuk dah...adeh..sorry beb!

ok la, aku nak cerita jugak..lolz!

alkisahnya bermula tahun hujung tahun lepas bila Air Asia buat promo, biasala...depa kan suka buat promo. tapi dalam banyak2 destinsi yang depa tawarkan, aku tengok salah satu tempat yang agak murah tiket flightnya masa tu adalah...Padang, Indonesia. sebelum ni aku jarang mendengar Padang ni salah satu tarikan pelancongan yang femes. so, aku decide nak pegi sana memandangkan masa tu aku tak plan nak kemana...janji pasport bercop..hahaha. so, aku pun tempahla tiket dengan tak tengok kalendar...omg!rupanya dah tarikh yang aku pilih pada bulan puasa lepas...patutla murah!!sape nak travel bulan puasa ye dak...aduiiii...silap pilih tarikh...lantakla..janji murah...RM75/pax return!haa kau..sape yang tak nak kan...so, tarikh pun dah dipilih, Rabu, 16 Jun 2015 sampai 20 Jun 2015. sambil menunggu tarikh yang bakal tiba tu, aku google2 jugakla tempat tu.....then aku terkejut shocked surprise bagai nak gila....rupanya tempat tu la asalnya masakan Padang & asal usulnya orang minangkabau. best gila kot!sebab aku memang suka makan masakan indonesia ni.....nasi Padang, satay Padang..bla..bla..bla....so very the excitedla nak pegi, tak sangka...terasa berbaloi beli tiket..heh!hari2 la aku google tempat2 best kat sana...mulanya, aku & husband nak backpack & sewa kereta je...tapi memandangkan kawasan dia agak jauh dari satu tempat ke tempat yang lain, tambahan plak kesesakan lalulintas kat indonesia ni agak extreme (senang cakap tak berani nak drivela),dahla first time datang sana, so kitorang decide nak ambil guide....berdasarkan komen positif dari macam2 forum, aku amik Aldy Doank (korang bleh google) sebagai tour guide kitorang. harga sangat2 berpatutan, peramah plak tu. jadi pakej yang kitorang amik just transport & hotel.tips tu ikut korangla, seikhlas hati...agak2 la dengan servis yang diorang kasi.jangan kedekut sangat..hahah..travel dulu, bayar kemudian..good Aldy!!

So, hari yang ditunggu2 dah tiba...flight pukul 7.50pagi dari KLIA2. Dari rumah (kat Puchong), kitorang drive ke stesen ERL Salak Tinggi then parking kat sana..sehari RM4 sahaja..yea..RM4 sahaja. disebabkan kitorang agak lewat, so sampai kat airport dah dekat 7.30...apa lagi, maraton la, takut gate tutup..dahla gatenya jauh(sakit hati makkk)..sampai2 memang termengah2, baju dah basah jangan katala...nasib baikla, ngam gate tutup..kalau lewat...hmm...memang kena tinggal lagila jawabnya....dahla pegi Langkawi aritu kena tinggal Flight...huuu....so, flight pun boarding mengikut jadual, alhamdulillah, takde masalah..takde delay..selamat sampai. perjalanan mengambil masa kurang dari sejam.

1. Bandara Udara Minangkabau
Dekat airport ni, kita kena melalui pemeriksaan imegresen..macam airport2 lain. setelah selsai, kitorang cari tourguide kitorang. dari jauh dah nampak tertera tulisan nama husband aku atas sekeping kertas. Aldy hantar orang dia untuk jadi tourguide...tak kisahla sape pun, janji puas hati...namanya Dian. Dian ni lelaki ye, bukan perempuan. so, kitorang terus menuju ke destinasi kitorang....Bukittinggi. kenderaan yang disediakan?toyota estima beb! Oh lupa, tukar duit dulu...tak sempat nak tukar kat Malaysia...heheh...duit tak cukup jangan risau, kat sini banyak bank. cimb ada...maybank pun ada.

masa ni dah nak sampai dah...kira2 lagi 10 minit nak landing. tapi dah sampai tanah besarla..

2. Air Terjun Lembah Anai
dalam perjalanan ke Bukittinggi, kitorang melalui sebuah air terjun yang sangat cantik di tepi jalan. Subhanallah, serius dong amat nyaman sekali (eh, apesal aku cakap bahasa indonesia nih). dikhabarkan, air terjun Lembah Anai ni adalah air terjun yang teringgi di sana di tepi jalan. ketinggiannya sekitar 35 meter dan merupakan salah satu tarikan di Sumatera Barat. Tiket masuk hanya rp1500 seorang.



ikutkan hati, nak aje aku terjun tiruk..mandi kat situ...nasib baikla jauh lagi perjalanan....