Social

Thursday, October 11, 2012

Berkuatkuasa 1 November 2012

2:48:00 AM 2 Comments
berkuatkuasa 1 November tahun 2012, aku akan menjadi warga KL..muahahaha...nak rasa jadi orang key-ell plak....ceittt..!

alhamdulillah..dapat keje dah, rumah sewa pun dah setel. tunggu nak masuk je. so, nak raye sakanla.. :)
walaupun aku mintak jawatan lain dan diorang bagi jawatan lain, aku tetap bersyukur. huh, pasni lagi beratla tugas..xpe..xpe, akan kupikul tugas itu demi agama, bangsa, dan negara...cewahhhh....

position ni pun ok gak, segala jenis elaun dier bagi termasukla travel ( local / overseas )..tapi untuk urusan keje je la... nak keje rajin2 ;)

Friday, October 5, 2012

Menang Atau Kalah dalam Temuduga Kerja??

3:02:00 AM 1 Comments

haluuu..assalamualaikum....
kali ni aku nak kongsikan beberapa tips dalam temuduga untuk kerja especially untuk sape2 yang baru grad atau sedang mencari kerja. ni berdasarkan apa yang aku lalui la...tapi company swasta la..kalau 'gomen' tu maybe soalan yang ditanyakan berbeza sedikit...

ok, apa yang korang perlukan?
- resume yang telah diupdate
- offer letter
- pakaian yang bersesuaian (sila cari sendiri etika berpakaian untuk menghadiri temuduga)
- segala sijil korang dari zaman skolah sampaila dah masuk universiti (sijil skolah rendah / tadika bagi aku xperlu...diorang xtengok pun)
- keyakinan yang tinggi


apa yang korang patut buat semasa menghadiri temuduga?

- bagi salam (bagi yang beragama islam)
- ucapan selamat pagi (ikut waktu)
- kalau diminta untuk speak in english, redah je la cakap omputih walaupun tunggang langgang. kalau diorang benarkan cakap melayu, baru korang cakap melayu
- bila ditanya, 'tell me about youself'....jangan korang cerita plak segala hobi, cita2 bagai..itu SALAH....!! sepatutnya soalan sebegitu perlu dijawab dengan kekuatan yang ada pada diri korang..bukanla maksudnye korang kuat macam WWF tu, maksudnya korang ceritala penglibatan dalam aktiviti semasa korang belajar dulu, pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang korang mintak (itu satu bonus) dan apa sahaja pencapaian yang boleh dibanggakan. tapi ingat!!sila jangan cakap besar/bangga diri...nanti orang meluat!
- bagi korang yang pernah buat project untuk research/thesis...ceritakan...dan menjadi satu bonus bila project korang tu memang sangat2 berkaitan dengan service yang ditawarkan oleh company tu. bila korang cerita pasal project korang, secara xlangsung soalan yang diorang tanya xla lari ke benda lain (selamatla kan). sepanjang aku interview, xpernahla kena soalan2 yang xberkaitan dengan kerja tu, paling banyak aku kena soal pasal thesis aku...bestla nak jawab sebab benda tu kita buat sendiri, 100% la tau kan...confirm terjawabla soalan2..
- bila ada soalan dari diorang yang berbunyi 'any question??', silalah tanya..jangan diam seribu bahasa. dari situ diorang boleh nampak korang sebenarnya berminat ke x untuk dapatkan kerja tu
- JANGAN SESEKALI TANYA PASAL GAJI MELAINKAN DIORANG YANG TANYA KORANG!! dan ingat, korang2 yang fresh grad yang langsung xde experience, xpayahla demand gaji lebih2...bagi aku bila ditanya soal gaji, jawapan yang aku rasa proper walaupun propa "bagi saya, gaji tu menjadi soal yang kedua. apa yang penting, saya ingin dapatkan pengalaman dahulu supaya saya mahir dalam bidang tersebut"...jawapan nampak macam sangat membohong, tapi tolongla jangan tunjukkan sikap korang gilakan duit. secara logiknya xkanla diorang nak bagi gaji yang xmasuk akal kan..pandaila diorang nak letak brape banyak.
- bila ditanya kenapa diorang perlu hire korang, masa tu la korang nak jual diri korang bukan jual maruah ok! mungkin korang boleh cerita kelebihan/kecekapan korang dalam mengendalikan sesuatu yang diperlukan. tapi ingat, jangan berbohong. kalau xtau,cakap xtau.
- bersikaplah profesional.
- yakin..yakin..yakin..

BONUS!!!
- kalau korang study sket profil company tu sebelum temuduga.dan mungkin semasa interview, korang boleh tanya apa yang xjelas tentang company tersebut. kalau macam aku, aku suka tanya service yang company tu tawarkan..janganla tanya macam korang xtau langsung, tanya benda yang xjelas je...ceritala sket apa yang korang tau pasal company tu, nampakla yang korang ni memang sangat2 berminat.
- keputusan peperiksaan yang baik. tapi ingat, apa yang lebih penting, the way you speak confidently....


aku harap sedikit sebanyak dapat memberi gambaran macam mana temuduga tu dijalankan especially kepada sesapa yang xpernah pergi interview lagi. yakinlah pada diri. aku dulu pun, sebelum interview punyelah takut...tapi bila dah masuk bilik interview tu, xnak pulak berhenti bercakap. tambah kalau dapat penemuduga yang memang lebih kurang satu kepala...siap boleh gelak2 lagi (tapi still kene ada perasaan hormat kat diorang lagi)


once bila korang dah dipanggil untuk bekerja, jangan lupa gaji pertama belanja aku...hahaha....good luck!!

#tak sabar nak keje kat tempat orang kaya (solaris dutamas)....hahaha

tips yang aku jumpa kat internet...sangat2 berguna!!!

Sunday, September 23, 2012

National Zoological Park, Kuala Lumpur

12:00:00 PM 1 Comments
Zoo Negara Malaysia adalah zoo nasional yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysiayang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman. Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.
Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Malaysian Zoological Society yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertamaMalaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamaliaburungreptiliaamfibia dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya. 

sumber: wikipedia

 "comey x saye??pose terbaik dari saye......"

"sayelah model ubat nyamuk fumakilla :)"

 "terbang mencari mangsa..."

"bahaya...."

"saye juga sedang mencari sesuatu di situ...."

"selamanya harimau malaya......malayan tiger"

"cakkk!!oppsss...saye xsedia nak bergambar lagi"

"....dan sayelah makhluk paling tinggi di sini"

seperti biasa....bahan bukti ke zoo negara

dan juga bukti yang hobi aku memang ske pegi zoo sejak dari kecik lagi...tiap2 minggu plak tu..yela, mase tu rumah dekat je ngan zoo negara dan itu je hiburan yang sesuai untuk aku....tapi tempat permainan ni dah xde...semuanya dah berubah..yelah, 22 tahun yang dulu....dulu pegi ngan abah, sekarang pegi ngan abang ;)

Thursday, July 19, 2012

Kalumpang Resort & Training Centre, Sungai Inki

11:05:00 PM 2 Comments
yuhooo..selamat malam...update sambil tengok drama waris kat tv3. tak pernah ketinggalan tengok cite ni sebab bagi aku cite  ni sangat interesting dari mula (kekasihku seru).

sambil2 tengok drama, terdetik idea nak tulis cite pasal potluck yang lepas...
ari ahad aritu, seperti biasa geng2 aku gi mencari port baik punye nak mandi-manda setelah semenyih beberapa bulan yang lepas.lokasinya kat taman rekreasi Sungai Inki, Hulu Selangor. 

kalau dari Shah Alam dalam sejam lebih je perjalanan ke sane. resort ni kat sempadan Tanjung Malim - Selangor..

berkonvoi dalam 3 bijik kete..geng perodua semua..

after more than 1 hours.......welcome to Kalumpang Resort and Training Centre, Sungai Inki....sangat 'ingke' oghang pehgak kate....

masuk resort RM10..tapi kalau nak mandi manda, ade site yang xperlu bayar...free

best wehhh...airnye sangat sejuk....kalau orang nak bersunat, kejap je nih :P
tapi seyes best!

sambil2 tu bakar kerang dan makanan laut yang lain..

ikan bakar....
rendam..jangan xrendam.....

last moment together....pasni tunggu reunion plakla baru jumpa...

bye bye Kalumpang Resort

kesimpulan...... rugi kalau korang xpegi..

Thursday, June 14, 2012

Sebulan Lagi Bergelar Mahasiswa

3:05:00 AM 1 Comments
assalamualaikum.....
eh, pagi ke..tengah malam sekarang ni?
malam ni tadi ade malam pra graduan, tapi dengan suka hatinya aku malas nak pegi..hurmm...entahla, xterasa nak pegi pulak..padahal sekali sepanjang pengajian malam pre grad ni....aku prefer menghabiskan masa dengan tuttttt (rahsia) dengan cara bersukan termasuk beberapa kawan2 yang lain...yela...abes study nanti, belum tentu dapat keje dekat2..silap2 aku kat utara, tunang kat selatan (ehem!)....time ni la nak abeskan waktu bersama..

ade mase lebih kurang sebulan lagi bergelar mahasiswa..pasni tukar status...graduan...alumni...muheheheh...sabar........................................tapi thesis xsiap lagi..doakan semua paper lepas semester ni.....

*dalam mode thesis & mula mencari kerja...

GRADUAN oh GRADUAN

Friday, May 18, 2012

Mode: Pulau Perhentian...again

2:08:00 PM 2 Comments
ingat balik percutian yang sangat super duper best!eh, percutian ke?xla...academic trip lor....subject marine resource management. sebab tu berpeluang snorkeling kat pulau2 yang banyak coral reef..cantik2 plak tu....kalau nak merasa pegi dengan kos yang sangat rendah, amikla subjek yang berkaitan marine. nak pegi sendiri2, mahal plak kan.....tengah ade orang nak sponsor, pegi..jangan xpegi...

sampai berkerut muka menaip mesej sambil2 menunggu makanan sampai
@e-rup sup, machang, kelantan

dari bot besar, dipindahkan ke bot kecik untuk sampai ke pesisir pantai.....rase macam naik bot dalam swimming pool, birunye air laut


ade mase terluang, berkayak..alang2 dah free..

bangun pagi, mandi...terus jalan2 sekitar pulau sambil menunggu breakfast siap

jalan2.....tengok sunrise

budak 3 orang sentiasa bersama kat pulau

second DSLR photographer

mendaki bukit yang tingginya 300 kaki...mengah belaka.. ;)

sampai checkpoint, berhenti berehat dulu..bergambar

sampai kat puncak, masing2 dah mereng..tengok aje pose diorang ni

naik bot lagi yukk...terasa macam retis plak

haishhh...xsabar nak upload gambar underwater plak....sabar yer..

untuk pakej percutian yang sangat murah dan berbaloi kat pulau perhentian, korang bley klik sini

Monday, May 14, 2012

Perhentian Island, Terengganu

11:56:00 PM 6 Comments
wehuuu...what's up peeps!! hahah..
baru ade mood nak blogging, nyambil2 buat keje skolah...
ambe baru balik dari terengganu nih....nananana ganu kite... ;)

so, percutian di pulau perhentian sangat2 amazing...the amazing beautiful scenery... nak gi lagi...whoaaa...kalau dapat pegi ngan yang tersayang lagila best....

jom intai2 skek gambar2...tapi maapla, xde gambor aktiviti sangat, sebab aku malas nak edit..! heee

 @ long beach island, perhentian kecil...


then, aku sangat teruja tengok warna air....biru macam kat swimming pool..jernih, bley nampak coral reef


 and the most part yang paling aku teruja adalah snorkeling!!! subhanallah!! sangat indah ciptaan Allah....
well hello nemos, we're come to see you all...hahah...comeyla korang!!