Social

Friday, September 23, 2016

Travelogue : SURABAYA, INDONESIA (Part 2)

Sambungan dari Part 1

JUMAAT ,16/09/2016
setelah rehat dengan secukupnya, pukul 1 pagi kitorang bangun siap-siap untuk ke next gunung... Mt. Ijen...kat sini terletaknya antara kawah yang tercantik & 'da bomb!cantik sangatlah maksudnya tu...kawah ni tempat orang tempatan mencari rezeki dengan mengutip sulfur yang ada kat situ...ala, belerang nama kampungnya...

actually, kat sini ada salah faham sikit pasal waktu. mulanya, pukul 12 gerak ke kawah tu, dan pukul 1 pagi sepatutnya hiking...tapi dah misunderstanding kat situ...dalam 2.30 am baru sampai kat kaki gunung & start hiking dalam 2.45 am gitu. secara teknikalnya, misi mengejar bluefire failed! menurut Nasrul, kalau nak tengok bluefire ni..kena start hiking awal,kiranya sebelum subuh nak kena ada kat atas dah.kalau nak tau macam mana rupanya boleh search 'ijen bluefire' ... apa yang aku faham, volcano yang berupa sulfur tu yang menghasilkan cahaya bluefire tu.memang cantikla...tapi rugi tak dapat tengok. 


gelap lagi masa nak start hiking

3.30am kitorang sampai kat rest point selepas sejam hiking. dia punya track, takdela mencabar sangat sampai kena pijak selut bagai...TAPI, nak mendakinya tu..pehhh curamnya...aku rasa dalam 60-70 darjah ada kot...sampai 2-3 langkah je berhenti..haihh, dah tak training apa.hadap je la...dia punya sejuk jangan katala...masa hiking kat gunung irau dulu pun tak sesejuk macam tu, menggigil oh! dekat rest area ni, kitorang lepak agak lama, sebab nak tunggu subuh...sambil-sambil tu pekena teh o panas, kurang sikitla sejuk dalam badan ni. 

tengok je la si Nasrul tu, siap bawak selimut ha...naik gunung berselubung!mat saleh pun ramai masa ni

rest point..teh o ada jual, megi cup pun ada jual. satu benda aku akan ingat kat sini, boleh plak terpijak 'jerangkap samar' dalam kegelapan!sapelah yang membuang merata...grrr!!!!!niat nak buang je kasut tu, tapi bila fikir balik..sayang oiii,beli mahai-mahai nak buang plak. kurelakan jiwala membasuh najis manusia tu...sampai sekarang oiii aku rendam dengan sabun, soflan bagai nak bagi hilang dari pandangan.huh!

Disebabkan terlalu lama melepaknya, akhirnya misi mengejar sunrise jugak gagal...waaaaa!!! tapi tak berapa nak gagal jugakla...sempatla nak tengok matahari tu naik walaupun sipi-sipi sebab masa tu dah nak sampai puncak dah.

masa ni dah nak sampai puncak dah...dah excited dah masa ni.walaupun kaki dah lenguh, sanggup jalan laju-laju...


....dan akhirnya...tadaaaa.....
satu lagi ciptaan Allah yang cukup indah
yang kuning-kuning tu..tu la sulfurnya

tepat jam 5.30am kitorang sampai puncak, dah terang dah masa tu...macam pukul 8am kat sini...lepastu, apa lagi...menikmati keindahan alamla..sambil-sambil amik gambar sekeping dua. tipu, ratusan keping kot

silakan nikmati gambar-gambar yang aku spam kat sini ;P

we're here!!!

 bergambar puas-puas..nanti cucu tanya, nenek dengan atuk dah penah sampai sini :D

selamat hari Malaysia dari ketinggian 2799m dari aras laut

happy sangat ni

 muka penat disebalik spect. oh tak, muka bebai terpijak najis...damnnn

peace from me

ini orang, kat mana-mana pun sempat tidur..takpa, take a nap sekejap sementara wife dia amik gambar banyak-banyak

bergambar lagi

dan lagi...

lagi-lagi kami :P

with our travel partner, Nasrul & Herii...sorang lagi hilang. dan sorang lagi tak naik sebab tak sihat

nak datang sini, face mask jangan lupa bawak ye...tak bawak pun takpe, ada orang bagi sewa disepanjang nak naik atas tu

last but not least gambar di puncak

masa untuk turun...ayuhh!!
turun kejap je....sejam dah sampai.. 9.30am kitorang dah sampai bawah, rehat-rehat kejap, lepastu gerak balik ke hotel.

dah nama pun budak geomatic survey, pergi jauh mana pun, batu sempadan jugak yang dicari..

sebelum naik atas tak amik gambar sebab gelap.. bergambar di pintu gerbang kawah Ijen.

otw jalan nak balik hotel tu, kitorang singgah breakfast kat warung jalanan ni...makan nasi lalapan...ala-ala ayam penyet gitu...sedap!


sampai hotel, aku pengsan..tidur..keletihan....my hubby keluar solat jumaat dengan geng-geng lelaki ni...

                                            .....to be continue......

"perancangan Allah tu tersangatlah cantik....Allah nak suruh honeymoon puas-puas sebelum babymoon :) "


*Updated
PART 3
PART 4
PART 5




No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)