Social

Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Friday, April 14, 2017

Travelogue : SURABAYA, INDONESIA (Part 4)

3:38:00 PM 0 Comments
okeh.....sambungan dari sebelum ni....PART 3

malam tu makan ala kadar je... makanan yang disediakan pihak hotel..siap hantar ke bilik nyahhh!!

roti bakaq cheese, fries & teh ais cayaq roi....bolehla daripada takde langsung

malam tu tidoq awai sebab esoknya sebelum subuh nak gerak ke bandar Surabaya, 4-5jam jugakla kalau non-stop.

pukul 3.11 am, kitorang checkout & terus menuju ke bandar besar Surabaya. dalam perjalanan, singgah solat subuh kat masjid area Situbundo....perjalanan diteruskan & sebelum sampai ke bandar, pak supir ajak singgah kat rumah kakak dia. kebetulan masa tu musim buah ciku, ape lagi....bersila atas pangkin luar rumahla.... lepastu kitorang jalan lagi....singgah beli ole2 yang berupa makanan orang tempatan kat situ.





orang kat situ cakap, yang paling sedap dikalangan orang tempatan situ, tapai...tapi kitorang xbelila sebab rasa macam renyah plak nak bawak balik naik flight. so beli kerepek2 je la.yang macam kotak berbalut, berikat tu la tapai.

dalam 8.20 pagi, kitorang singgah makan kat satu kedai ni, Sari Rawon kat daerah Probolinggo...eh serius sedap kat sini!

jangan lupa landmark ni kalau nak makan sedap!

nasi putih + cumil (sotong) asam manis...dahla sedap, murah plak tu

dah siap makan semua, so gerak ke bandar & sebelum tu kitorang hantar Yoyok & Din balik rumah. kitorang pun kena hantar kat hotel & tour pun habis kat sini. hotel tu pun tak termasuk dalam pakej, so kena bayar sendiri...1 malam dalam rp.100000...11pagi dah sampai & kitorang rehat dulula...hotel dia not bad..hmm....agak bad jugak sebenarnya tapi duit dah tinggal sikit,xnak draw dah, pakai duit yang ada je.

Tuesday, January 24, 2017

Travelogue : SURABAYA, INDONESIA (Part 3)

3:31:00 PM 0 Comments
...sambungan daripada PART 2

Lepas geng2 lelaki habis solat jumaat, rehat2 kejap....then dalam pukul 2 petang kami ke next destination, Taman Nasional Baluran. tempat ni takdelah jauh sangat dari hotel kami menginap tu,tak sampai 10minit dah sampai....TAPI.....nak masuk dalam tu yang jauh dalam setengah jam ada kot.

kat sinila terletak African van Java...nama tempatnya, Savana Bekol....sekali tengok memang macam kat Afrika sanala..dah lepak2 sekejap dalam taman ni, kami meneruskan perjalanan melalui taman tu menuju ke Pantai Bama. tak jauhla dari Savana Bekol tu. geng2 lelaki ni pergi snorkeling. aku...lepak2 menikmati keindahan alam je....dah nak larut petang tu, kami pun balik ke hotel. 

dalam perjalanan, singgah sekali lagi untuk bergambar waktu sunset...cantikkk!!

set hotspot cantik2 dulu


cak!!!


berlatar belakangkan gunung ijen, tempat yang kami hiking pagi tu...check post sebelum ni :)








hati2...kat sini kawasan habitat liar. watch your step.takut2 ular disangka kayu




we all are friends!different country is not the problem!!


selfie satu kali


this is Africa van Java...cantik terbentang luas










ambil masa untuk hayati keindahan ciptaan Allah. lupakan media sosial seketika....

to be continue :)

Friday, September 23, 2016

Travelogue : SURABAYA, INDONESIA (Part 2)

4:30:00 PM 0 Comments
Sambungan dari Part 1

JUMAAT ,16/09/2016
setelah rehat dengan secukupnya, pukul 1 pagi kitorang bangun siap-siap untuk ke next gunung... Mt. Ijen...kat sini terletaknya antara kawah yang tercantik & 'da bomb!cantik sangatlah maksudnya tu...kawah ni tempat orang tempatan mencari rezeki dengan mengutip sulfur yang ada kat situ...ala, belerang nama kampungnya...

actually, kat sini ada salah faham sikit pasal waktu. mulanya, pukul 12 gerak ke kawah tu, dan pukul 1 pagi sepatutnya hiking...tapi dah misunderstanding kat situ...dalam 2.30 am baru sampai kat kaki gunung & start hiking dalam 2.45 am gitu. secara teknikalnya, misi mengejar bluefire failed! menurut Nasrul, kalau nak tengok bluefire ni..kena start hiking awal,kiranya sebelum subuh nak kena ada kat atas dah.kalau nak tau macam mana rupanya boleh search 'ijen bluefire' ... apa yang aku faham, volcano yang berupa sulfur tu yang menghasilkan cahaya bluefire tu.memang cantikla...tapi rugi tak dapat tengok. 


gelap lagi masa nak start hiking

Thursday, September 22, 2016

Travelogue : SURABAYA, INDONESIA (Part 1)

3:16:00 PM 0 Comments
today is the day..yeayyy!!!

lama dah aku berangan nak pegi Surabaya ni, bertahun dah kot.tapi setiap kali tengok tiket, mesti tak kurang RM700 sorang...hurmm....kali ni dapat yang murah, memang tak lepas peluangla...nak pegi jugak!

so, tarikh pun dah dipilih, 14/9 - 19/9 tahun ni. dengan harga tiket kurang daripada RM500 untuk 2 orang, pergi balik termasuk baggage,seat, insurance & meal..aku & dia terbang menuju ke sana. dalam kepala otak dah terbayang-bayang tempat yang selama ni aku nak pergi.

disebabkan holiday kami tak terlalu lama, kitorang buat keputusan nak ambil guide. memandangkan Indonesia ni tempat dia agak jauh kalau nak ke satu tempat yang lain. kalau cuti sebulan, bolehla aku redah je.ni, berapa hari je.

RABU, 14/09/2016

Perjalanan bermula pada jam 3 petang, after singgah bank di Puchong untuk aktifkan pengeluaran luar negara...kitorang gerak ke stesen Klia Express Salak Tinggi, park kereta kat situ sebab murah..RM2 sehari beb. Dalam 4.30ptg macam tu sampai Salak Tinggi, tiba-tiba hubby cakap dia tak bawak kasut hiking...grrrrr....nasib baikla ada kedai hardware kat situ, beli kasut menoreh getah tu..hiks!lepastu kitorang gerak terus ke KLIA2.

 kali ni tak lewat dah :P