Travelogue : Oh Langkawi....
cikpuanyuz
11:32:00 AM
0 Comments
assalamualaikum...alohaaa...
sejak dari minggu lepas heboh pasal awek melayu kena peluk cium dengan mamat plastik surgeri dari korea tu...dan aku baru harini baca cerita yang penuhnya...nampak tak ketinggalan disitu...
adehh..macam2...senang cerita, tepuk dada, tanya iman... fikir balik, kita ni bergamakan Islam atau kepok?hidup mati ni kita pun tak tau bila....jangan set dalam otak, dah tua baru nak bertaubat. ok. tutup cerita kepok...aku nak cerita travelogue aku ke Langkawi minggu lepas.....ayuh!
alkisahnya bermula pada hari Jumaat. ops, sebelum tu nak mintak maaf sebab gambar sekeping dua je...tu pun pakai phone camera je..ni dah satu hal, kamera dslr bawak...sekali sampai sana memory card teringgal...choii sangat!
ok, sambung balik..hari jumaat haritu birthday aku sebenarnya....dan kebetulan sama tarikh dengan mak mertua aku. so, aku ngan incik somi plan nak balik rumahnya kat Langkawi. konon2 nak buat surprisela kan balik tak bagitau. ok fine.
so tiket flight pun dah dibeli, boarding jumaat malam dalam 9 lebih gitu. tapi disebabkan sambil lewa....akhirnya tertinggal flight. sampai je airport boarding gate dah closed. so, rasa macam nak menjerit rasa, rugi duit....dahla masa tu bawak duit sikit je.

