Social

Wednesday, April 8, 2015

Travelogue : LIMA'15 (Part 1)

9:47:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum...

Haluuu...lame bebenor rasanya tak update belog. almaklumla...super duper busy. balik dari LIMA'15 haritu terus je dipanggil untuk outstation ke Penang...ni dah masuk minggu ke-3 dah ni tak balik rumah...haihhh.

Ok la, straight forward...haritu aku ada janji nak update pasal LIMA'15 kan....so, aku nak tunaikan.cewah! well, let's read!

seperti yang aku cakap sebelum ni, aku, en.somi aku, dan my makwe travelled from KL-Kuala Perlis pada malam khamis tu, 19/3/2015. terpaksala kitorang gerak malam supaya tak bersesak2 kat jeti esok harinya. faham2 je la...every LIMA yang jatuh pada musim cuti sekolah...tak pernahnya berkurang pelancongnya....

malam tu, kitorang gerak dalam pukul 12 tengah malam gitu, dengan pecutan 160km/h bersilih ganti aku dengan sarah. akhirnya sampai ke Kangar dalam pukul 5.30 pagi. singgah rumah maksunya en.somi untuk park kereta (nak elak parking berbayar katanya). lepas mandi, solat subuh & sarapan...kitorang menuju terus ke jeti Kuala Perlis...syukurlah sangat mudah untuk urusan tiket feri. actually, kami dapat tiket untuk pukul 10.30 pagi...tapi disebabkan kebijakan en.somi sebagai penduduk sementara Langkawi, dia dok ejas2..dapatla naik feri dalam pukul 8.15 pagi, Alhamdulillah...thanks darl!!! so, dalam 9.30pagi kitorang dah menjejakkan kaki kat Pulau Langkawi. Yeayyyyy!!!

Maapla...setakat ni takde gambar.huks!

Jumlah perbelanjaan setakat ni..

Minyak kereta : RM110
Toll                 : RM 52
Tiket               : RM 18 x 3
Total               : RM 218 untuk 3 orang setakat ni

lepas sampai je kat sana, terus balik rumah ibu mertuaku di IPD Langkawi (yes, apak mertua i pakcik polisi)...yeay!!HIG depan rumah (syurga shopping owhhh..jalan kaki je). tapi bab2 shopping kite kasi rileks dulu..sebab main objective nak pergi LIMA. balik rumah, rehat2 dulu. mandi, makan, en.somi solat Jumaat...then lepastu baru pergi LIMA.....

....to be continue

next entry will be more exciting...more piccas!!!

next : Part 2, Part 3
Every day is a journey, and the journey itself is home.


Monday, March 16, 2015

Travelogue : Few Days to LIMA '15

12:50:00 PM 2 Comments
yeayyy!!so excited for next trip ke Langkawi...yesss excited tahap lompat bintang sampai ke bulan.
actually, dah beberapa kali LIMA kat Langkawi aku tak pernah missed. so, this year..macam biasa..ke LIMA  lagi. bukan senang woo nak tengok..2 tahun sekali je ada.

best sangat ke LIMA?

eh, of coursela best bagi aku..sebab aku suka tengok pertunjukan aerobatik & maritim dari pelbagai negara. lain negara, lain caranya. career fair pun ada..pameran penerbangan & aerospace jangan katala, sah2 ada.. lagi satu, sebab aku suka pegi LIMA...sebab....aku suka shoot gambar aeospace & maritime punya kapal & segala jenis teknology diorang. boleh rujuk sini & sini jugak.

selain dari LIMA ni, ada lagi beberapa tempat yang aku plan nak pegi.... tapi unconfirmed. so, tunggu next entry ya. nanti aku cerita ke mana aku pergi berserta bajet.

this trip, aku akan pergi bertiga yang mana tiga-tiga orang ni jenis senang nak planning walaupun last minute...kalau kata nak pergi, pergi terus...takde kejap pegi, kejap cancel. so senang sket nak buat bajet2 ni... diorang adalah...Sarah kaki holiday, Basyar laki aku, and aku sendiri....

so, untuk activity...tunggu next entry ya....

kali ni LIMA bertarikh 17 - 21 March 2015 . tapi hanya 20 haribulan je baru dibuka kepada public. so, kitorang akan bergerak dai KL 19hb


see yaaaaa!! - so excited




FYI

untuk masuk pameran maritime, free admissions yaa...aerospace kena bayar tapi xingat berapa RM.

nantila aku cerita yaa!!


Tuesday, January 27, 2015

Kisah #lakibini ( "sayang, tolong belikan pad..." )

12:35:00 PM 0 Comments
suatu hari, si siteri diberikan 'cuti' serta-merta. malangnya stok sudah habis..kebetulan si suami berada di luar rumah. alang-alang suami diluar...

"sayang...peod laa....pad dah abes...boleh tolong belikan tak?"

"err...errmm...ok"

bila suami dah sampai kedai, si isteri menelefon lagi...

"awak ada kat kedai ke?"

"yer...sayang, yang mana satu ni?", si suami menjawab telefon sambil berbisik menyebabkan si isteri kurang dengar...

"apa dia??"

tak lama lepas tu, dapat whatsapp dari si suami...


"yang mana satu ni"

sambil gelak membalas whatsapp si suami...tak lama lepastu, si suami pun pulang ke rumah dengan bungkusan plastik hitam


nota kaki : malu le tu....suami kena biasakan beli benda-benda gini lepas kawen...maklumla...si isteri semakin malas nak keluar rumah lepas kawen. tambah-tambah kalau keluar sorang-sorang


Wednesday, January 14, 2015

Trip Yang Tertangguh

10:40:00 AM 0 Comments
Assalamualaikum...

selamat pagi bloggers!!

alkisahnya harini ngam je sampai office 8.30pagi...nasib baik.kalau tak, merah dah punch card.adehh

ni semua gara2 keletihan seharian keluar semalam, balik je keje terus keluar cari tiket train nak balik kampung. cadangnya nak balik kampung naik kereta tapi rasa macam malas pulak nak drive, dahla incik somi tak dapat balik sekali..kena keje. so better naik ets train je...2 jam je pun...sampai je stesen keretapi, kaunter dah tutup.kecewa!nak beli online, duit dalam kad dah ilek...adoiii...

lepastu terus ke NSK Jalan Kuchai Lama beli barang2 dapur.ye..ye je buat list bagai..sampai sana, grab jugak macam2...ni la perempuan...pantang nampak. geram kot tengok sayur2 fresh, ikan, ayam & daging baru sampai..ommaiiii...bajet2 dalam RM30 je nak beli barang...sekali...hamek ko...RM70 jugak! balik rumah terus masak ayam masak lemak cili padi & sayur campur. kitorang dah jarang makan kat luar. kenapa?sebab masak sendiri lebih puas hati..suami plak makan bertambah nasinya..happy nengok!tapi incik somi bersabar je la...aku ni bukan tukang masak kedai,bleh masak sekejap je....kena bertapa, bersilat kat dapur...lama baru siap masak..huh!

ok..tapi tu bukan cerita asal aku nak cerita (terpanjang meleret plak)

actually, aku ada plan dengan sorang kawan ni nak buat trip ke Cameron Highland, tapi dah berapa kali tertangguh dah.mula2 nak buat bulan 12...tak jadi sebab bajet bulanan untuk holiday dah abes. faktor cuaca jugak membuatkan trip tu tak jadi. then konon2 nak buat hujung bulan ni...nampak gaya macam tak jadi jugak disebabkan cuaca...tapi tengok cuaca semakin baik...tapi tu la, dah cancel awal2 tarikh tu...so, duit untuk trip tu aku dah gunakan pegi holiday tempat lain...so nampak gayanya bajet dah abes...huarghhhh!!!

tiba2 plak semalam bos announce projek dah masuk.....adoiiii....nampak gayanya tertangguhla plan nih. projek dah masuk, siang malam akan busy selagi tak siap keje. nak cuti pun susah dah......

hmm...tengokla macam mana

gila...gila..





rindu tempat nih!!

Tuesday, January 13, 2015

Travelogue : Oh Langkawi....

11:32:00 AM 0 Comments
assalamualaikum...alohaaa...

sejak dari minggu lepas heboh pasal awek melayu kena peluk cium dengan mamat plastik surgeri dari korea tu...dan aku baru harini baca cerita yang penuhnya...nampak tak ketinggalan disitu...

adehh..macam2...senang cerita, tepuk dada, tanya iman... fikir balik, kita ni bergamakan Islam atau kepok?hidup mati ni kita pun tak tau bila....jangan set dalam otak, dah tua baru nak bertaubat. ok. tutup cerita kepok...aku nak cerita travelogue aku ke Langkawi minggu lepas.....ayuh!

alkisahnya bermula pada hari Jumaat. ops, sebelum tu nak mintak maaf sebab gambar sekeping dua je...tu pun pakai phone camera je..ni dah satu hal, kamera dslr bawak...sekali sampai sana memory card teringgal...choii sangat!

ok, sambung balik..hari jumaat haritu birthday aku sebenarnya....dan kebetulan sama tarikh dengan mak mertua aku. so, aku ngan incik somi plan nak balik rumahnya kat Langkawi. konon2 nak buat surprisela kan balik tak bagitau. ok fine.

so tiket flight pun dah dibeli, boarding jumaat malam dalam 9 lebih gitu. tapi disebabkan sambil lewa....akhirnya tertinggal flight. sampai je airport boarding gate dah closed. so, rasa macam nak menjerit rasa, rugi duit....dahla masa tu bawak duit sikit je.

Thursday, January 8, 2015

Travelogue : One Day Trip To Malacca City

2:29:00 PM 1 Comments
Assalamualaikum....selamat tengahari uollss....dah makan?

kepenantan harini. actually baru balik dari klinik terus pegi kerja...adoii..tak larat rasanya..namun kugagahkan jua...haha...adoiii...skema pulak ayat kak bedah ni haa..

ok, entry harini aku rasa panjang sikit dari biasa. sebab apa?sebab aku nak cerita benda yang aku suka. apa yang aku suka?jeng..jeng..jeng...the culture & heritage of baba and nyonya....gitewww...

minggu lepas aku dengan incik somi buat lawatan sambil belajar ke Melaka.disebabkan incik somi keje hari sabtu, so buat one day trip la hari ahad tu.so macam biasa, kalau plan selalunya mesti tak menjadi....konon2 plan lepas subuh terus gerak ke melaka, konon2 nak breakfast kat sana....last2 pukul 11 pagi baru nak gerak dari rumah...sampai sana dalam pukul 1.30...ngam2 waktu lunch. cadangnya nak makan kat restoran asam pedas yang famous kat bandar hilir tu (Restoran Asam Pedas Selera Kampung...sila google sendiri)...tengok2 kemain ramainya umat...so tak jadi...makan depan restoran tu. boleh tahan jugak harga...kitorg amik asam pedas siakap separuh ekor...20hengget nokkk....nasib baik sedap.

so, dah abes makan, kitorang jalan2 kat bangunan merah..Bangunan Stadhyus. actually bangunan ni adalah bangunan tinggalan dari Belanda dolu2...



Wednesday, January 7, 2015

Travelogue : Terengganu...Here I Come

3:36:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum.....Hello 2015....first entry di tahun baru gitu (nampak tak dah lama tak bersenam jari?)

ok la, kira tahun ni nak berazam barula...nak kasi rajin sikit menaip entri.lagi satu azamnya, nak travel banyak tempat...so boleh kongsi travelog nanti dengan korang kalau korang sudi bacala. 

so untuk first entry 2015 ni, aku nak cerita travelog aku ngan incik somi ke Terengganu. jadi jakun sekejap sebab first time aku berjalan kat Terengganu. sebelum ni ada jugak. pergi Pulau Perhentian...tapi lepas snorkeling balik terus, takde berjalan ke mana.

actually, aku pegi Terengganu ni bulan lepas minggu cuti krismas aritu...tapi tu la, baru ada masa nak up entry malas sebenarnya. 

tapi travelog aku kali ni tak banyak tempat sangat sebab fokus kitorang ke Terengganu kali ni sebab nak kenal2 dengan sedara2 sebelah incik somi (kacuk Terengganu & Kedah rupanya :P )

Hari sabtu baru gerak ke sana lalu Lebuhraya Pantai Timur. sebenarnya masa kitorang pergi tak beberapa sesuai sebab masa tu dah start musim hujan, banjir & air pasang. tapi family punya pasal, balik je la....takde hal.

Sampai sana, kitorang menginap kat rumah makciknya incik somi kat Gong Badak. kira Gong Badak ni dalam Kuala Terengganula...kat area airport sinun.smpai sana dah malam, makan2..lepastu terus tido...

Esok paginya, startla menziarah sedara-mara kat area sana. pegi semua rumah, semua jamu keropok ikan...aiyooo....heaven..peberet gitew...petang tu sebelum balik sebenarnya plan nak tengok orang kutip kerang kat pantai area Seberang Takir...sekali sampai sane..pehh..kemain ramai umat...so, tak jadi singgah...

Last2 pak mertua aku bawak gi Pantai Tok Jembal layan angin laut kejap...