Social

Wednesday, October 1, 2014

White Water Rafting & Caving @ Gopeng, Perak : PART 1

Assalamualaikum...

Let's start writing with thinking ...hmmm....nak tulis ape ek....


Ohh...ok...dah ingat balik nak tulis ape....haa...meh sini baca, penat aku tulis nih....haha

Hmm...sejak-sejak jadi bini orang ni, makin aktif plak beraktiviti di luar. at least sebulan sekali kena keluar..tapi dengan en.somila....takde dia sape nak jaga aku kan.... takpela, at least ada orang jaga keselamatan & adab-adab seorang puan isteri kan...maklumla, aku ni kalau takde en.somi kat sebelah dia nafsu nak jadi orang bujang tu tinggi. dah kawen ni kena beringat sikitla... nasib baikla kawen dengan classmate walaupun dulu sangat memusuhi dia, so dia pahamla perangai aku macam mana :D

Ok, takmau citer romantik-romantik sangat, nanti korang muntah hijau

so, untuk bulan september...kitorang dah realisasikan impian seorang kawan....katanya teringin sangat nak join white water rafting kat Gopeng, Perak first time pegi Perak tak balik kampung .


Pic: budak baju oren tu pencetus idea water rafting sebenarnya

Pic : budak dua orang ni yang tolong realisasikan je.... +organizerla kunun

Pic: ...dan budak ni a.k.a en.somi yang tolong carikan jalan (shortest distance+jimat tol, minyak, etc)...mentang-mentangla tiap-tiap bulan balik Perak, kunun dah terer sangatla tu


tiba harinya pada 27th Sept lepas, hari sabtu...seramai 15 orang rakyat dari seluruh pelusuk semenanjung malaysia telah menyertai water rafting. 3 bijik kereta dari KL, 1 dari Johor & 1 dari Perak. so, pagi tu bertolak ke Gopeng kira-kira 5.00 pagi. berenti solat, breakfast...pukul 9.30 pagi jugak baru sampai kat Gua Tempurung. Brader yang incharge tu suruh berkumpul & jumpa dia kat situ. Owh, lupa....kami booked activity ni under SG Advanture.

Plannye mula-mula pergi caving dulu kat Gua Tempurung, tapi tak taula..mungkin ada masalah teknikal....kitorang rafting dulu pagi tu. dari base (Gua Tempurung) ke tempat rafting (Sg Kampar), naik lori wooo....so, pagi tu bukan kitorang je yang akan rafting. bergabung , meletop macam lagu stacy tu dengan bebudak Universiti Teknologi Petronas.

 Pic: mangsa-mangsa yang akan dikorbankan untuk raya haji ni ;P

Pic : kredit to abang Ruslanz Abu Bakar (instructor untuk water rafting)

so, dengan seronoknya mangsa-mangsa korban raya haji ni naik lori meredah kampung orang...siap ada muka yang kena penampar dari daun-daun, ranting-ranting kecik masa lalu kampung orang tu.

sampai je kat tempat untuk water rafting tu, kitorang dibekalkan dengan paddle, life jacket & helmet sorang satu. pakai siap-siap... then, kitorang dibawa ke tepi sungai dan abang-abang instructor tu pun bagi taklimat what to do's & don'ts. bila semua pun dah faham, the challenges startedla....

paddle forward, paddle backward, stop, hold the line, on your job, boom..boom, jump..jump!! tu semua arahan kena dengar dari instructor. kau degil, padah menanti...telan air sungaila jawabnya. tapi yang best arahan "hi-5" ... tu maksudnya macam "cayalah" lebih kurang..haha...

ada beberapa cabaran sungai tu yang kena lalu...ada berapa tah tapi yang aku ingat paling dasyat 'double decker' & 'broken dam'.... double decker tu macam jeram bertingkatla & broken dam tu sebenarnya kawasan empangan dolu-dolu tapi dah pecah...pehh..jerit tak hengat time tu. tapi takde kecederaan dilaporkan. ada masa kitorang berenti kat check point which air dia flat..rehat-rehat...santai-santai kejap...then sambung rafting balik. Alhamdulillah, bot aku takde masalah cuma 2 kali terbalik, first memang abang instructor tu nak kasi merasala bot terbalik. ok, baru teringat nama instructor bot kitorang abg Alan. ok, sambung balik....kali kedua bot terbalik tu, abg Alan tu tanya "nak terbalikkan bot tak?". semangat pulak bebudak ni cakap nak terbalikkan bot....haa....minum air sungaila jawabnya lagi skali. dari mulut, dari hidung...haihh




Pic : bergambar masa berenti kat checkpoint walaupun ada yang baru lepas telan air sungai

so, lepas rafting dalam 2jam gitu, tamat....letih tu jangan katala...tapi rasa nak rafting lagi!!!ada sedikit kecewa sebab takde gambar masa rafting :'(



Pic : bergambar selepas tamat rafting. yang baju purple tu, abg Alan instructor bot kitorang


"one touch of nature makes the whole world kin"

next activity : to be continue on part 2



4 comments:

  1. Hehe. Rase mcm abg alin kakyus. Hikhik

    ReplyDelete
  2. Comel2 je korang naik reramai dalam lori tue...

    Erm dah lama rindukan benda nie.. last tahun 2011

    ReplyDelete

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)