Social

Tuesday, November 25, 2014

Kisah #lakibini (laki pun gemuk jugak)

10:59:00 AM 0 Comments
semalam balik dari kerja, terus makan sebab pagi sebelum kerja dah siap masak..kot2 laki balik kerja nak makan. so balik rumah tengok ada lebih...malam, dua- dua tak makan sebab dah kekenyangan...

disebabkan kat rumah takde hiburan seperti tv, so tempat melepak kitorang kat dalam bilik je la....

sambil2 baring main clash of clans, laki tanya lepas dia tengok peha dia ada garisan2...

"sayang, ni garisan2 ni..apa dia?"

cepat je aku jawab,

"tula selulit....haaaa...tula, cakap orang gemuk....dia pun gemuk tak sedar"

"mana ada gemuk...weekkkk"



mengata orang, paku serpih..mengata orang, dia yang lebih!

kesimpulan : lemak membiak dengan jayanya bersama kami...kuikuikui

Monday, November 24, 2014

Kisah #lakibini (bini gemuk)

9:03:00 AM 0 Comments
sebenarnya dari baru-baru kawen lagi aku dah perasan berat badan dah start naik...kalau sebelum kawen maintain je 50-53kg...sekarang...pehh..lemak membiak dengan jayanya..

ada satu malam, laki aku tegur...

"dah gemuk...kurusla sket"

pastu aku cuba mencari produk2 yang boleh menguruskan nih....disamping pegi jogging (itupun kadang2 pegi kalau rasa rajin dengan kawan opis)

jumpala satu produk ni...ala2 losyen mustajab gitu....

then masa aku mintak tolong dia sapukan....dia gelak!!!

"awak beli utk kuruskan badan???' sambil gelak terbahak-bahak

sentap ok!!!

dia yang cakap aku gemuk,pastu dia gelak plak aku nak kurus...grrrr

Friday, November 21, 2014

Kisah #lakibini (makan luar)

9:00:00 PM 0 Comments
suatu petang, kami naik motor...nak pegi kedai motor, tukar tayar.....dekat depan kedai motor tu ada gerai jual satay baru berkemas-kemas nak bukak

aku pun cakap,

"eh, kedai satay tu baru nak bukak" , memandangkan kitorang pernah pegi situ

laki aku buat cubaan nak troll lagi,

"eleh, nak makan satay le tu"

"mana ada, orang tak cakap pun....so malam ni nak makan apa?mee goreng boleh?mee ada kat rumah"

lepastu laki aku jawab,

"hmm...kita makan satay lah...esok baru masak"

see....sape yang nak makan satay sebenarnya??pantang ada duit lebih... :P

Kisah #lakibini (makan)

12:30:00 PM 2 Comments
macam biasa, aku balik keje pukul 6 petang, suami dah ada kat rumah

"sayang, malam ni awak nak makan apa?kita masakkan"

laki aku jawab,

"entah"

aku tanya plak,

"awak lapar tak?"

dia jawab,

"entah, awak lapar ke?"

aku jawab,

"lapar ni...awak nak makan apa?"

dia jawab balik,

"entah, apa-apa je"

arghhhhhhh!!! boleh tak jangan bagi jawapan 'entah ' & 'apa-apa je'???  cer specific kan!!!adoiiilaaa....


nota kaki :  jangan heran dengan panggilan 'kita, awak' ....kitorang memang biasa panggilan tu ;)

Thursday, November 20, 2014

Kisah #lakibini (bini membebel)

9:00:00 PM 2 Comments
" rajinnya isteri kita"

"amboi, perlila tu..."

laki aku gelak lepas aku cakap macam tu

"sayang, kemasla rumah...bersepah dah ni"

aku, sambil pandang & menggenggam tangan rasa nak bagi penumbuk

"amboi, ingat kita ni duduk rumah..duduk saje?kita kemas rumah, tak sampai 24 jam bersepah balik....buat kerja, kertas tu sepah...letak sana-sini, cubalah letak setempat"

"mana ada"

"tak mengaku lagi??" sambil tarik telinga laki

"adoiii"

haaa...menyesal tak troll bini??kan dah kena bebel + piat telinga....lain kali nak buat tak?

Kisah #lakibini (bergaduh, merajuk)

10:29:00 AM 1 Comments
assalamualaikum....selamat pagi

dah hampir 6 bulan rupanya aku berkahwin dengan #budakjahat ni.... alhamdulillah, setakat ni ok la...bahagia...gaduh sikit2 tu biasala....mana ada #lakibini yang tak pernah gaduh langsung kan...

tapi bagi kami, kebiasaannya kalau kitorang gaduh, dia yang akan pujuk aku dulu...tak kisahla kalau salah aku pun, mesti dia yang pujuk dulu...dia buat manja2 dia.... "sayang, kita lapar..." , mana ada isteri yang sanggup dengar suami cakap macam tu.... hati tengah panas time tu pun, tiba2 boleh jadi sejuk...tapi lepas masak, sambung merajuk balik....hahahaha...

suami aku ni, kalau aku merajuk, dia suka peluk...sebab tu aku suka merajuk selalu...heee

sayang, mintak maaf ea kalau kadang2 mungkin agak keterlaluan & berlebihan mengamuk & merajuk. tak boleh kawal emosi kalau sampai tarikhnya :)

only you understands me! 

Wednesday, November 19, 2014

Ada Apa Dengan Taiping, Perak?

2:59:00 PM 3 Comments
lamanya tak update belog...baru 2 entry bulan ni?biar betul??!!!adoiyaiii..

actually, iolls busy yang maha hebat sebenarnya bulan ni.... ni pun dah berapa lama tulis tajuk, harini baru dapat mengarang entry. tarikh aku travel pun lupa dah...

kalau xsilap aku, aku pegi Taiping 6 haribulan haritu...hadoiii..lost memory....

sebenarnya aku pegi sana bukanla saje2 nak honeymoon...tapi dah alang2 kat sana kan....paham-paham je la...

akak aku masuk hospital minggu sebelum tu...ada buat pembedahan kecil. Alhamdulillah...selamat semuanya..disebabkan minggu sebelum tu aku xdapat nak balik, so 6hb baru aku dapat jenguk akak kesayangan aku ni....

so, hari sabtu baru aku gerak ke Taiping sebab en.somi aku keje pagi sabtu tu....singgah kat kampung jap amik abah aku then bawak terus ke Taiping....malam tu kitorang berkampungla kat rumah akak aku kat Taiping...

malam tu dah kemain ligat kepala otak ni dok fikir esoknya nak pegi mana....

konon2 pagi tu nak berjalanla...last2....hmm...hampehhhsss.... pakat dok tido belaka, tengahari baru keluar lunch then terus pegi berjalan sekitar Taiping. yang akak aku pun...xpadan dengan sakit, nak berjalan jugak....boring duduk rumah katanya..haha

akak aku teringin nak pegi galeri kraf kat penjara Taiping tu...sampai2 tengok galeri tu tutup...hampa...so, tempat paling dekat muzium Taiping la...

mengimbau kenangan betul....kalau xsilap aku, last aku pegi muzium ni masa aku tadika dulu....lebih dah 20tahun....adehhh... masuk2 je muzium, aku tengok sama je macam dulu2...xbanyak yang berubah....aku ingat lagi dulu masa aku pegi ada replika tulang gajah sebesar dinosor...oh, ada lagi mehhhh!


Wednesday, November 5, 2014

Berhari Minggu di Escape Room e@Curve

12:45:00 PM 2 Comments
weekend lepas kitorang pegi escape room kat e@curve damansara..alaa..yang depan ikea tu..hehe..kali ni kitorang buat bertiga je aktiviti ni...tak taula kenapa yang lain-lain taknak join...mungkin sebab benda ni memerlukan kemahiran berfikir logik..argh, lantak pi la depa takmau join...kami tak kisah...jangan kata menyesal tak ikut sudah..haha

actually, aku dah pernah dengar sebelum ni pasal escape room...tapi aku xtau ape mende escape room tu...so dalam minggu lepas jugakla aku google mende ni..so nampak interesting...dengan selamber book tiket and ambil challange antara yang susah jugakla..haha...ambikkkk...konon difficulty yg paling senang xmencabar....sekali amik yang susah, sampai duduk bersila dok fikir macam mana nak escape dari bilik tu...

kami dah pergi..korang bila plak???

actually game ni macam ni...cabaran dalam 45 minit untuk keluar dari bilik tu...tapi dalam bilik tu akan ada clues untuk unlock pintu untuk keluar.bapakkk susah...haha..

korang boleh refer sini http://www.escaperoom.international/


ni sinopsis dia

Friday, October 31, 2014

Journey to Gunung Jerai.....Dating!!

12:36:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum...halluuu....lama tak meng'update' & menge'date'.. hee...

minggu lepas aku & en.somi balik kampung kat Yan, Kedah.actually ada kenduri kawen sepupunya en.somi kat Baling, so alang-alang dah ke sana, balik rumah tok wan lah terus..best bak hang...rumah tok wan sangat dekat dengan kaki Gunung Jerai..tapi sebelum sampai rumah tok wan, singgah beli pekasam Baling, kata orang sedap...ok memang sedap!!

balik rumah tok wan pun dah malam..so tak nampak apala...sampai rumah terus tido. first time tido dalam kelambu..hahaha...orang kampung biasela...dulu masa kecik-kecik biasala tido dalam kelambu, tapi kelambu single la.....sekarang ni berduala plak...dah macam budak2 pasang khemah dah...satu ikat rendah, satu ikat tinggi...macam kelakor je rupa kelambunye...memasing tak reti ikat kelambu :P

last-last mak mertua ikatkan

esoknya aku pegi temankan mak mertua aku gi pasar pagi....lame weh xpegi tempat-tempat gini...beli ikan...sayur...sejak-sejak tesco, giant, aeon semua dah naik kat rumah aku...tak pernah dah jejak pasar-pasar gini...hahaha

feeling-feeling jalan ngan mak mertua..heee...alahai, baiknye mak aku ni....belanja macam-macam...siap tanya nak makan apa...aishh...terharu

bergambar ngan pengantin...ops, pengantin dah tukar baju dah...dah petang baru sampai

Monday, October 20, 2014

Broga Again.....

12:31:00 PM 0 Comments
yeayyy!!!againnn!! serius kali ni sangat interesting?

sebab??

sebab kali ni memang depan mata dapat tengok matahari terbit. sebelum ni pergi, matahari terbit, kitorang kat foothill lagi....

kali ni, lepas solat subuh dalam pukul 6 aku dengan en.somi gerak ke atas... actually, yang ni aktiviti team office aku... tapi disebabkan aku dah sampai lewat + solat dulu..so, kali ni naik duo je la....yang lain, kul 6 dah ada kat atas

stress aku dok mengejar diorang, laju kot....mentang2la dah biasa naik Mt. K (Kinabalu). fyi, diorang sume orang sabah....kecuali 2-3orang memang origin dari semenanjung...mau tak laju, bagi diorang naik broga ni macam kunyah chewing gum sambil naik marry go round!yang orang semenanjung ni, tah berapa kali berenti...tercungap-cungap..

sampai atas barula jumpa geng2 ni haa...amik sekeping dua gambar, tengok matahari..then, balik....

so, nak turun..aku champion dari diorang..hahaha...aku ngan en.somi siap main lumba lari sape sampai bawah dulu. well, kasut grip tahap dewa maharaja cina padahal tercabar tengok bebudak lain pakai selipar & seluar jeans je bleh lepak naik turun broga. tak sampai setengah jam sampai bawah..yeahh!!!

ok, entri tak panjang kali ni....layan gambar je


bila apek ajak berselfie


at the top of the hill, tertembung dengan diorang


sunrise yaww!!!


dah puas tengok sunrise, turunler....



sebelum balik, bergambar puas2...diorang singgah makan...aku xpegi....dah aku sorang je melayu Islammnye....faham kan.... :)


eh, lupa...gambar dengan en.somi yang sangat sweet :D


first time ni dia yang ajak selfie...haha

Friday, October 10, 2014

Tiada Segmen Bloglist

10:31:00 AM 0 Comments
adehhh...

sakit perut pepagi buta...aku pun tak taula aku makan apa sampai cerry-berry ni....adoiii

actually, aku nak cerita pasal bloglist...nak masuk dalam bloglist aku tak?

ok, macam ni...blog aku takde segmen-segmen ni padahal malas nak buat. so sape-sape request nak masuk dalam bloglist, aku masukkan aje. takde syarat-syarat nak follow, buat entri bagai...yang tu terpulangla kat korang nak buat ke tak. sebab aku kadang-kadang, benda tu yang aku malas nak buat....maybe ada diantara korang jugak macam tu....ikut mood rajin ke tak kan?

aku bukan apa, sebelum ni aku masukkan semua blog yang aku follow dalam bloglist aku. tapi lepastu macam-macam masalah pulak... MALWARE DETECTED...nak cari satu-satu blog mana yang ada malware, jenuhla den.ayooo....tuan punya blog tak perasanke blognya kena malware?adehhh. senang cite aku remove semua. 

so,sape-sape yang nak request masuk bloglist tu....silakan....dialu-alukan :)

Thursday, October 9, 2014

Repeating Broga....Mungkinkah?

9:00:00 PM 0 Comments
hhmmm...

ohhh Broga...begitu dekat hatiku denganmu....Broga again....haks!

kali ni naik broga dengan kawan-kawan opis plak...dulu pegi dengan kawan-kawan se'U'

tapi belumla lagi peginya...18 haribulan nanti...adehhh....boleh lagi ke ni?tulang-temulang dah keras, stamina dah kurang...brape lame dah tak bersenam.... adakah berjaya seperti dahulu....nantikan


Layan gambar lama dulu....masa ni zaman cintan-cintun lagi


Raya Haji di Kampung Sendiri

4:48:00 PM 0 Comments
akhirnyaaaa....

Raya kali ni kat kampung aku...means, rumah mertua en.somi aku...hiks!

kali ni sepakat nak balik rumah aku memandangkan hujung bulan nanti akan ke utara (sepupu en.somi kawen), so takkan nak buat keje 2 kali kan? (nampak tak berkiranya aku). takdela, maksudnya hujung bulan ni jumpa family mertua.

maybe ada yang cakap, "eh, tu pun nak berkira..raya kan setahun sekali?apa masalahnya balik dua-dua kampung sekali?".... mari saya terangkan kenapa kami tak berbuat demikian...

1. Sebab cuti kitorang laki bini ni tersangatla singkat...al-maklumla koje swasta. awok bukan gomen nak cuti suka-suka hati...kadang sabtu ahad pun kena standby keje. en.somi lagila....sabtu koje..kenapa tak pakai annual leave?kite tak tau apa akan jadi akan datang...so, minimakan annual leave.

2. Sebab kitorang selalu balik kampung even bukan musim raya. kalau weekend free + bajet tak lari, kami akan balik kampung salah seorangla. so takde isu kenapa bergilir bagai. asalkan jenguk orang tua kat kampung ye tak..

3. Sebab kampung aku ngan en.somi jauh...1 hari atas jalan woooo...ceh, padahal perak & kedah je pun...tapi yela kan...penat ooo drive jejauh ni...1 hari letih. kau bayangkan, cuti raya haji start jumaat malam. en somi keje sampai sabtu petang...so itu-ini sampai perak tengah malam jugakla...esoknya ahad raya....takkan sabtu tgh hari atau malam nak gerak ke utara?kompom-kompomla kan ari senin nak gerak...dahtu ari selasa keje....wooooo....kau tak drive kau jangan banyak cakap. aku ni, walaupun bergilir-gilir drive..terasa letihnya

4. owh lupa..... aku ada 3 kampung, terengganu...........nak balik semua sekali dalam masa 2-3hari?kau mampu??

ok, toksah cakap dah..kang ada yang bergaduh... biarkan dengan pendirian masing-masing. janji kau bahagia

so, ni la aktiviti kami adik beradik...shoot...shoot...and shoot....akak aku memang suka jadi modelnya...senang...tak payah nak bayar model mahal-mahal....FOC.

 with daddy....

Thursday, October 2, 2014

White Water Rafting & Caving @ Gopeng, Perak : PART LAST

9:50:00 AM 1 Comments
.....sambungan daripada PART 1 & PART 2

Part 3 nak cerita apa ek?Oh, baru teringat harga minyak naik 20 sen..arghhhh!!!!

tapi aku bukan nak fokus kat isu tu. aku nak sambung cerita dari entri sebelum ni.

lepas activity caving tu, kitorang dibawa ke satu tempat penginapan untuk bermalam kat situ. kalau tak silap aku, namanya Dmal chalet...rasanyala. kitorang amik dua bilik je. 1 bilik untuk lelaki, 1 bilik untuk gegurl...eh, saya jadi orang bujang haritu :)

bilik dia actually macam dorm. katil double decker. tapi ok la...takla sempit...bila duduk ramai-ramai ni paham-paham je la...jadi joyahler...ada jer benda nak digosipkan.alamak, lupa nak amik gambar bilik & persekitaran chalet tu.

so, sampai je kat bilik tu...kitorang landing terus... ada yang mandi, tido, gosip...etc. dan aku......cer teka buat apa?of coursela mandi, pastu tido terus...pehhh, nikmatnya tido lepas mandi.tambah badan tengah letih....bangun-bangun je aku tengok bebudak ni tengah ber'bbq'...huh, nampak tak tido mati disitu?

lepas bangun, solat jap, pastu terus keluar tengok 'kite bakor...kite bakor'..... ayam, ikan, sosej....nasi goreng pun hado....so, malam tu ber'bbq' la kitorang sambil berchit chat mengenang kisah lampau. cewah!


 Pic : lepas keluar dari gua....menunggu untuk dibawa ke tempat penginapan

Wednesday, October 1, 2014

Food Review : Restoran Mee Tarik Warisan Asli

4:23:00 PM 5 Comments
petang-petang gini kalau bercerita pasal makan, mesti terliur kan?

tiba-tiba teringat satu restoran ni....aku pun first time sampai restoran ni... RESTORAN MEE TARIK WARISAN ASLI

actually, retoran ni chinese muslim punya. mee tarik yang dia buat, handmade...kalau tengok cara dia buat, memang kagum 1juta kalilah....



White Water Rafting & Caving @ Gopeng, Perak : PART 1

10:23:00 AM 4 Comments
Assalamualaikum...

Let's start writing with thinking ...hmmm....nak tulis ape ek....


Ohh...ok...dah ingat balik nak tulis ape....haa...meh sini baca, penat aku tulis nih....haha

Hmm...sejak-sejak jadi bini orang ni, makin aktif plak beraktiviti di luar. at least sebulan sekali kena keluar..tapi dengan en.somila....takde dia sape nak jaga aku kan.... takpela, at least ada orang jaga keselamatan & adab-adab seorang puan isteri kan...maklumla, aku ni kalau takde en.somi kat sebelah dia nafsu nak jadi orang bujang tu tinggi. dah kawen ni kena beringat sikitla... nasib baikla kawen dengan classmate walaupun dulu sangat memusuhi dia, so dia pahamla perangai aku macam mana :D

Ok, takmau citer romantik-romantik sangat, nanti korang muntah hijau

so, untuk bulan september...kitorang dah realisasikan impian seorang kawan....katanya teringin sangat nak join white water rafting kat Gopeng, Perak first time pegi Perak tak balik kampung .

Wednesday, September 17, 2014

Fujifilm Instax 210

5:06:00 PM 0 Comments
Harini aku tak nak buat review....cuma nak tunjuk hasil daripada instax 210 ni...

cer tengok ni....



dan lagi......



see?? tak mengecewakan kan? gambar boleh tahan cantik dengan model yang comel.  Tak terang sangat, tak gelap sangat (walaupun ade setting dia)...faham-fahamla kamera murah... tapi bila tengok hasil....puas hati. kalau korang xcaya, xpe...tapi jangan jeles. sila tengok dari jauh je ;)

Friday, September 12, 2014

Review of Fujifilm Instax 210

11:57:00 AM 0 Comments
assalamualaikum..
hallu..hallu..hallu

mode excited nak update belog sebab online shopping itemku udah sampey...yeayy!!!
ni semua gara-gara sorang member aku beli instant camera yang comel. so, aku pun macam terpedaya jugakla sebab :

  1. rupanya yang comel
  2. tangkap gambar, terus keluar gambarnye
  3. macam retro giteww...ala-ala kamera polaroid
ceh, dah ada digital camera, nak kembali ke zaman dolu-dolu plak....ok lah, takpe...boleh menambahkan koleksi kamera. lepasni nak beli yang ada filem kena cuci kat kedai gambar pulak...haha..

balik kerja, terus godek-godek kamera macam tak pernah jumpa  gambar pertama yang aku amik of coursela gambar encik somi aku, jadi model pulak dah..dahla dia baru balik dari site dengan muka berkilat 

OK..KAMERA INI SANGAT OHSEMMMM!!!!

Friday, August 8, 2014

Mabuk Ketupat + Rendang + Lemang

12:04:00 PM 1 Comments
haihh...musim raya belum habis lagi....raya kan sebulan..... so, dalam sebulan ni la makanan semua berasaskan raya..... pagi, petang, malam...haaa..menu raya....tudiaaa

adoiyaiii..sampai blog tak sempat nak update, raya punya pasal...bukan sebab cuti raya....lepas dari cuti raya, keje dah berlambak menunggu...so, nak bukak blog memang jauh sekalila...

so,cerita hari raya haritu....setelah fighting punya fighting...akhirnya, persetujuan telah dicapai....balik kampung mertua....hmmm...takpelah, raya jugak....walaupun sedih sebenarnya first time raya berjauhan ngan family sendiri....yela, tahun pertama raya berduala katakan. tapi tetap balik beraya ke kampung aku walaupun bukan raya pertama....

Thursday, July 17, 2014

Tips Elak Sembelit

9:25:00 AM 0 Comments
korang ada group whatsapp tak?

pagi tadi dalam waktu bersahur dah start berbunyi notification group whatsapp aku waktu tido & opis hour memang aku silentkan..semak je sikit2 bunyi..sikit bunyi. tambah2 yang jenis suka post benda copy paste ni. so ada seorang mummy ni bercerita gara2 sembelit sahurnya hanya minum air gara2 tak masak nasi, so aku tanya, kenapa tak masak nasi mala tadi je?then dia bagitau, lebih sejam dok dalam toilet gara2 memerut sembelitla tu then lepas memerut tido sebab tak larat.

Wednesday, July 16, 2014

Viral Gadis 'Steering Lock'

5:03:00 PM 0 Comments
amboi...sejak2 semalam heboh diperkatan seorang gadis bersikap kurang ajar dengan seorang uncle ni..siap dengan video sekali....kemain jugak gadis steering lock tu...

aku pun ada jugakla tengok video yang tersebar luas kat youtube & facebook tu..memang kurang ajarla jugak...meroyan depan public dah satu hal..lepas tu tak hormat orang tua plak tu. kalau dia setel balai pun kes selesai, claim insurans je... yang sibuk "you pay me now 2k" tu apehal...


Tuesday, July 15, 2014

Cuti Nuzul Al-Quran

9:37:00 AM 1 Comments
alhamdulillah...jalan clear arini pegi office...harini hari paling seronok drive pegi office...

bayangkan dalam masa tak sampai 10 minit dah boleh sampai office dari rumah. kalau tak tu, setengah jam belum tentu lagi...faham-fahamla jem kat kl yang maha hebat ni...

sekali bila sampai office....


Monday, July 14, 2014

Monday Blues!!!

1:07:00 PM 1 Comments
harini hari isnin....

aku pasti ramai yang tak suka dengan hari isnin...sebab apa?

......sebab "cuti sudah habis bro", kan? kebanyakannya akan ada perasaan malas untuk melakukan sesuatu kerja...baik yang tengah study mahupun yang dah bekerja. tapi bagi ibu2 dan surirumah, aku rasa hari2 sama je....takdenye blues2 ni.... ke ade jugak?


Tuesday, June 24, 2014

Seronok Baca Entri Blog Dulu-dulu

3:40:00 PM 0 Comments
Hari berganti hari....minggu berganti minggu...bulan berganti bulan...tahun berganti tahun....

owhhh...lama sudah usia blog aku....cuma penulisnya je tak tua2...haha...sori, terperasan plak... yela...dah kawen2 ni pun ada jugak yang cakap muka aku baru abes spm

kalau aku ada masa terluang, aku akan belek2 balik entri sebelum2 ni termasukla entri2 yang awal dulu. apa yang aku dapat tengok perbezaan dia sungguh banyak...yela, dulu aku sangat bersemangat untuk menaip entri, sehari sampai 2-3 entri....tapi sekarang........2-3bulan baru dapat tulis 1 entri. pembaca & pengomen, jangan katala....hilang dah... salah aku jugak, tak maintain belog....huwaaaa :'(

readers.....come to mama meh~

kekuatan aku nak menulis entri dah tak macam dulu dah....hmm...entahla....

belog2 sekarang yang baru2 ni pun aku malas nak baca sangat. kenapa?sebab kebanyakannya sume copy paste dari belog lain... BOSAN AIHHH!! orang nak blogging, kamurang pun nak jugak..pastu copy entri orang lain.... not good laaa...tambah2 yang langsung tak bagi kredit kat penulis asal....

encik somi kalau suruh posing depan kamera, mulala dia rosakkan gambar dengan aksi2 mukanya...ceh~

Friday, June 20, 2014

Selamat Dah Jadi Isteri Orang

10:04:00 AM 0 Comments

Hellloo...selamat pagi.....saya dah jadi isteri orang...weeewittt!!!

hey!jangan ingat berumah tangga ni seronok je...tanggungjawab selepas berkahwin tu penting! yang lelaki, pastikan didik isteri dengan sebaik mungkin...yang perempuan, dengar cakap suami tau!

ok..ok..yang tu semua korang kena belajar sendiri...ni aku nak kasi analisis sket untuk majlis kawen2 aku. so, kot2 la bleh jadi panduan untuk korang yang nak melangsungkan majlis...xbanyak pun...sikitla....tapi awal2 la aku nak cakap...majlis aku ni xla grand gila2 panda...simple je, xde dewan, xde geng kompang, xde dejay, xde flower girl bagai..... yang penting meriah dengan tetamu yang datang


ok....the analysis starts here....

majlis akad nikah 


baju : kain beli kat jakel (yang murah) pastu tempah kat tailor...tudung beli kat mydin usj (RM10 je)
veil : aku jahit & bead sendiri....sorry, tak amik plak gambar detail
gelang : sponsor
bunga tangan : buat sendiri
baju pengantin lelaki : beli kain, tempah kat tailor



majlis resepsi pengantin perempuan plak


pelamin : sponsor
baju pengantin perempuan : beli yang dah siap kat butik (nasib baik saiz ngam2)
tudung : sendiri
veil : beli yg dah siap
baju pengantin lelaki : beli kain, tempah kat tailor
set tanjak : beli (RM70)
bunga tangan : buat sendiri
bunga pahar kiri kanan pelamin (yang kaler pink peach tu) : buat sendiri
kasut : beli

Photographer : kumpul duit sendiri
credited to : Thara Photog


majlis resepsi pengantin lelaki plak


baju pengantin perempuan : beli yang dah siap kat butik (nasib baik saiz ngam2)
tudung : sendiri
veil : sama masa resepsi rumah pengantin perempuan
baju pengantin lelaki : beli kain, tempah kat tailor
set tanjak : sepupu pengantin lelaki yang sponsor
bunga tangan : buat sendiri
bunga pahar : buat sendiri
kasut : sama masa resepsi rumah pengantin perempuan


*makeup semua disponsor oleh akak aku (dah dia MUA, rugila suruh orang lain)


my family...... abah gua memang susah betul nak bergambar...memang xde dalam gambar

ok..kalau korang nak tau kat mana aku beli semua2 ni, korang boleh contact aku, takpun kasi email, nanti aku cite.... kalau nak tempah dari aku pun boleh....dijamin murah ;)

Thursday, June 19, 2014

BRIDE TO BE ( Chapter 5 )

2:05:00 PM 0 Comments
Asalamualaikum...selamat petang..

Ya Allah, terbengkalai segala projek bride to be untuk aku share kat korang.. tak sempat dah nak mengadap belog...tup..tup..dah tiba hari kawen aku...

maapkan saya penunggu gua,,,maapkan saya penunggu gua

rasenye udah berbulan aku tak update belog kisah bride to be ni...tau2 je bila bukak ada komen2 yang bertanyakan soalan2....mintak maap yer..

ok la... harini aku summarizekan semua boleh? susah sebenarnya nak buat entri berangkai ni...kena tepati masa dan sekarang aku dah buat sesetengah reader tertunggu-tunggu ...maapkan saya penunggu gua

ada yang bertanya tentang design stamp atau cop yang pernah aku buat (sila rujuk CHAPTER 4) ok, cer tengok gambar bawah ni


ni design stamp @ cop yang telah dipersetujui

bercerita pasal kad kahwin plak...korang bleh search kat internet..banyak dah la ni yang murah2...tapi aku prefer untuk buat dua belah pihak dalam 1 kad..harga dalam RM0.39 


sori..gambar hitam putih...bayangkan je la ek kad tu kaler gold + putih

yang ni korang boleh usha2 kat kedai myonekadkahwin, kedai dia kat jalan brunei, area jalan pudu, kl...tapi kalau korang nak tempah kat kedai ni kene force diorang sket, kalau x, diorang buat sambil lewa + lewat je...

so, untuk goodies plak macam dalam chapter lepas aku ada cakap & kasi gambar... dalam beg kertas tu aku letak air mineral cawan + kuih cincin dari sabah + bunga telur .... untuk vip plak aku tambah 1 lagi... MINI LABU SAYONG diukir nama pengantin. labu sayong tu aku sediakan dalam 100biji je....harga sebijik dalam RM2...tapi kalau lagi banyak korang beli, lagi murahla....nak lagi murah, korang datang sendiri kat kampung sayong, kuala kangsar, perak aku orang perak oiii

nak dijadikan cerita, kebanyakan persediaan aku DIY je kecuali baju pengantin, kasut & catering. baju perempuan beli ,  baju lelaki tempah .... sebab harga sewa & beli lebih kurang je, baik beli...lepastu boleh sewakan kat orang lain. yang lain2, veil, tudung, bunga tangan, bunga telur termasuk goodies semua buat sendiri.

ok, next ada orang tanya pasal veil..veil pun saya jahit manik sendiri...next entri korang boleh tengok..tapi xfull la sebab terlupa nak amik gambar veil sebelum pakai...hihi

ok..korang...setakat ni je....

kesimpulannya, buat kenduri tu biarla setakat mana yang mampu...ukur baju pada badan sendiri

sila ucap selamat pengantin baru pada saya....hahaha....gurau aje....

jumpa lagi

Sunday, March 16, 2014

BRIDE TO BE (Chapter 4)

1:53:00 PM 1 Comments
Assalamualaikum....yuhuuu...
maapla..lame tak update. busy meh....outstation sebenaqnya, xsempat nak bersosial dengan blog. pegi keje, balik keje, tido...tula rutin tiap2 hari....bosan kan?

ok, chapter bride to be kali ni, aku nak citer pasal tudung & veil.....kalaua korang tengok yang online...pehh..cantik gila, rasa nak tempah kan?tapi tengok harga?hmm...kena fikir sekali lagi kalau nak tempah veil & tudung yang harganya beratus-ratus....ingat, jangan membazir. gunakan sebaik mungkin duit yang ada. jangan ikut kata hati sangat. fikir dulu sebelum amik keputusan. takut lepas kawen nanti langsung takde duit!banyak nak guna duit lepas kawen. ingat!!!

so, aku amik keputusan, aku jahit sendiri veil & tudung. jimat yang teramat sangat!!

untuk kain veil & tudung, aku beli kat kedai kain TEWAH...ok la, berbaloi..lagi murah daripada jakel, kamdar, etc. kalau kedai kain biase2 ni lagila murah. untuk veil, aku pakai kain jenis chiffon yang jarang sket. untuk tudung, aku tak sure jenis kain, tapi tebal sketla sebab taknak jarang. yela, kalau nak buat halfmoon, selalunya lilit kat kepala sekali je kan?so, baik beli yang tak jarang, selamat sketkan?ingat, jaga benda yang wajib, jangan fikir nak cantik je!

veil & tudung aku buat ala2 halfmoon. so, untuk veil aku amik dalam semeter setengah dan tudung 2 meter. harga kain untuk veil RM4.00 semeter sahaja!!! dan harga untuk kain tudung, RM 5.20 semeter!!

dan disebabkan aku xde mesin jahit kat rumah, aku mintak tolong makcik tukang jahit, jahit tepi dan bentuk ala2 halfmoon. then, makcik tu cas RM8. ok, murah.

then, aku beli manik & lace..ok, yang tu korang beli survey sendiri kat mana paling murah. aku beli kat sayangku handicraft kat klang. korang bleh dapat RM3-RM4 sepeket manik. lace tu ikut corajk dan saiz. lagi besar & cantik, lagi mahal la kan...so yang ni kena pandai2 pilih.

lepastu...bermulalah project DIY untuk tudung & veil...

jahitla ikut kreativiti ;)




tunggu hasilnya......ni baru 5% :)

Friday, February 28, 2014

BRIDE TO BE (Chapter 3)

11:41:00 AM 2 Comments
Assalamualaikum..selamat pagi...entri pagi.... ;)

Ok.. kali ni aku nak share petua penjimatan untuk hari bahagia aku. maybe korang pun bleh nak guna idea ni.... simple + murah.


ok... kali ni aku cerita pasal doorgift. kalau tengok kat internet memang banyak bersepah-sepah doorgift yang comey2...geram nengok aihhh..tapi kadang2 bila tengok balik harga kurang berpatutan. so, lebih baik DIY ... cuma korang perlu rajinla... benda bleh dapat lagi murah, lebih baik buat je ye dak?
untuk doorgift, aku nak bagi makanan & etc. dalam paper bag... so nak nampakkan paper bag tu comey sket, aku tempah rubber stamp untuk di'cop' kat paper bag tu.

cost... agak murah.... brown paper bag aku beli kat mydin je lebih kurang RM3.20, 1 bag (100pcs). rasanya kalau korang cari area2 chow kit dapat lagi murah kot...tapi disebabkan aku malas nak pusing2 dah, beli je la kt mydin jln TAR tu....

rubber stamp plak korang bleh tempah je...carila tempat paling murah...tapi aku suggest xpayahla korang tempah kat plaza alam sentral shah alam...gile mahal. dahtu bila bagi design sendiri macam2 alasan diorang bagi, cakap xbleh nak buatla..tulisan halus sangatla, corak halus sangatla...kalau suruh diorang design kene cas RM10 .... yamg aku tengok design lebih kurang je... halus jugak coraknya...saje je kan....


Ok.... lepastu startla project stamping beratus-ratus paper bag.... owh ye, nak bagi lagi cantik, belila doily paper...kalau xsilap xsampai RM3 untuk 250pcs...murah kan....nak lagi comey, buatla reben kat paper bag tu... RM0.90 segulung. cari kat kedai Sayangku Handicraft atau Bunga Reben sebab aku tau kat sini memang sangat murah. nanti aku kasi gambar yang full ok....so jimat kan?daripada korang beli yg dah siap RM0.80 / RM0.90 untuk 1pcs

selamat mencuba!!